Wayne Rooney: Saya Harap Thiago Tak Sertai Liverpool

Thiago Alcantara

Legenda Manchester United yang kini merupakan pemain merangkap jurulatih Derby County, Wayne Rooney secara jujur mengakui bahawa beliau berharap agar pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara tidak memilih untuk menyertai Liverpool.

Hal ini kerana Thiago telah memberikan bayangan jelas untuk meninggalkan Bayern Munich selepas tujuh tahun menyarung jersi kelab Bavaria tersebut bagi menikmati pengalaman baharu di luar Jerman.

Sehubungan dengan itu, Liverpool dikatakan berpeluang cerah untuk memiliki pemain berusia 29 tahun tersebut berbanding kelab-kelab lain yang turut berminat untuk mendapatkan Thiago seperti Manchester United, Manchester City dan Arsenal.

Sambil memuji kualiti yang dimiliki Thiago, Rooney turut merasakan sesuatu yang amat baik sekiranya pemain skuad kebangsaan Sepanyol itu dapat beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris tetapi berharap beliau tidak ke pasukan seteru Manchester United.

”Dia hampir datang ke United pada tahun 2013 dan ketika ini Liverpool pula dikaitkan dengannya. Dia merupakan salah seorang daripada pemain tengah terbaik. Saya harap dia tidak pergi ke sana [Liverpool].”

”Dia boleh mengambil bola, begitu tenang dan membuatkan semuanya terus berjalan dengan baik,” ujar Rooney menurut laporan Goal.

”Dia adalah pemain tengah serba boleh, dengan segala yang dimilikinya. Dia membantu Bayern ketika menekan [menyerang] dan dia turun di antara bahagian tengah untuk mengambil bola dan boleh juga bergabung sekiranya mereka bermain di kotak [kawasan] lain juga.”

”Dia merupakan seorang pemain yang hebat. Sebenarnya, sesuatu yang hebat dapat melihatnya beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris,” tambah Rooney lagi.

Thiago mula menyertai Bayern Munich pada musim 2013/14 untuk mengikut jejak langkah bekas pengurusnya ketika di Barcelona, Pep Guardiola.

Sepanjang tujuh musim tersebut, Thiago telah membuat 235 penampilan dalam semua pertandinganddisertai Bayern Munich yang mana beliau berjaya menjaringkan 31 gol dan mencipta 37 bantuan jaringan.

Terlalu banyak kejayaan telah diraih oleh Thiago bersama Bayern dan yang terbaharu adalah pada awal pagi tadi apabila beliau membantu skuad bimbingan Hansi Flick itu menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah 2019/20 di Lisbon.

Kredit featured image: Julian Finney – UEFA/UEFA via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Wayne Rooney:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN