Wayne Rooney: Romelu Lukaku Pemain Yang Sempurna Buat Manchester United

Romelu Lukaku

Bekas ketua pasukan Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan penyerang sensasi baru skuad The Red Devils, Romelu Lukaku merupakan pemain yang sempurna dan kehadirannya dapat meningkatkan kualiti kelab tersebut.

Kehadiran pemain antarabangsa Belgium yang bernilai £75 juta ke Old Trafford dari Everton ini membuatkan penjaring terbanyak sepanjang masa Manchester United itu kembali ke kelab ketika usia remajanya yang juga merupakan kelab lama Lukaku.

Romelu Lukaku berjaya membuat permulaan yang memberangsangkan dalam Liga Perdana Inggeris 2017-18 apabila menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan yang menyaksikan United menang ketiga-tiga perlawanan tanpa bolos ketika ini.

Prestasi yang ditampilkan Lukaku jelas tidak memeranjatkan Rooney dalam satu temubual oleh talkSPORT  apabila beliau melihat Lukaku sebagai pemain yang sempurna buat United.

“Buat United, dia (Lukaku) adalah pemain yang sempurna,” kata Rooney.

“Dia kuat, cepat dan kuat serta dia mampu menjaringkan gol, ianya pasti akan meningkatkan United.”

Romelu Lukaku
Rooney dan Saha percaya Lukaku mampu membantu United. Kredit foto: Daily Mail (Dave Shopland)

Bukan Rooney sahaja yang mengakui perkara ini malah Louis Saha yang pernah bergandingan bersama Rooney ketika di United turut memuji Lukaku.

Saha percaya bahawa Lukaku akan dapat menikmati pencapaian peribadi yang mengagumkan ketika bersama United.

Apabila ditanya oleh pemberita adakah Lukaku boleh memenangi anugerah kasut emas bagi Liga Perdana, Saha menjawab: “Saya fikir begitu, dia kelihatan mempunyai rakan sepasukan yang saling melengkapinya.”

“Dia akan menjadi lebih baik sepanjang musim ini kerana saya fikir dia memahami bahawa impian kelab ini bukan hanya sekadar untuk memenangi perlawanan, tetapi trofi, jadi dia akan tahu bahawa dia perlu terus mencapai 20 hingga 25 gol.

Musim lalu Lukaku telah menghasilkan 25 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama Everton dan menjadikan beliau sebagai penjaring kedua terbanyak liga hanya 4 gol dibelakang Harry Kane yang memenangi kasut emas.

Dengan bantuan rakan sepasukan yang berkualiti di Manchester United musim ini, tidak mustahil beliau akan dapat memburu lebih dari 25 gol seperti yang dihasilkan musim lalu.

Sumber :

Goal.com (2017) – http://www.goal.com/en-us/news/rooney-calls-lukaku-the-perfect-player-for-manchester-united/14z9w2yzc1jhc1bwnsoq2jdn93

Skysports (2017) – http://www.skysports.com/football/news/11667/11018657/wayne-rooney-insists-romelu-lukaku-is-perfect-for-man-utd

Manchester Evening News (2017) – http://www.manchestereveningnews.co.uk/sport/football/transfer-news/man-utd-news-lukaku-rooney-13565641

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN