Rooney: “Manchester United Perlukan Messi Atau Ronaldo Untuk Pecahkan Rekod Gol Saya”

Wayne Rooney bercakap kepada Omnisport tentang rekod gol beliau di Manchester United yang mungkin mustahil untuk dipecahkan oleh mana-mana pemain.

Musim lalu, Rooney berjaya memecahkan rekod jaringan Sir Bobby Charlton untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di United dengan 253 gol.

Sir Alex Ferguson sendiri menyatakan perkara yang sama sebelum ini. Amat mustahil untuk mana-mana pemain mengatasi rekod Rooney di Manchester United.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 11: A police officer stands in front of the picture of former manager Alex Ferguson prior to the Premier League match between Manchester United and Watford at Old Trafford on February 11, 2017 in Manchester, England. (Photo by Mark Thompson/Getty Images)

Wartawan bertanya, apakah mungkin ada pemain yang akan memecahkan rekod gol beliau? Rooney berkata:

“Kita semua tidak tahu, jika mereka ada pemain seperti Messi atau Ronaldo, mungkin rekod itu boleh dipecahlan.”

Rooney menerangkan, agak sukar untuk memecahkan rekod tersebut jika seseorang pemain itu tidak boleh kekal lama di satu kelab.

Jadi, dalam senario bola sepak moden, di mana pemain bintang terlalu mudah untuk berhijrah ke kelab lain, rekod gol yang dicipta beliau itu amat sukar untuk dipecahkan.

Kecualilah ada pemain seperti Cristiano Ronaldo ataupun Lionel Messi yang boleh meledak jumlah gol yang luar biasa setiap musim.

Beliau menambah lagi:

“Dalam bola sepak moden hari ini, saya rasakan tidak ada pemain yang benar-benar mahu kekal di satu kelab untuk tempoh yang lama.”

“Untuk mencipta rekod yang saya lakukan itu, memerlukan seorang pemain yang boleh kekal di dalam satu kelab. Itu yang saya lakukan sebelum ini.”

Ketika beliau dalam prestasi terbaik, Rooney pernah ditawarkan kontrak mewah untuk bergabung dengan Ronaldo di Real Madrid namun beliau menolak tawaran tersebut.

“Saya rasa sangat gembira dapat meninggalkan rekod di sana. Ia legasi hebat yang saya telah tinggalkan. Saya tinggalkan United dengan banyak kenangan hebat. Saya anggap karier saya di sana berjaya dan hebat.”

“Saya gembira berada di sana, berkerja dengan pemain di sana. Tetapi, saya rasakan sudah masanya untuk saya membuat keputusan beralih ke cabaran baru. Dan, inilah masa terbaik untuk saya datang ke Everton.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN