Wayne Rooney Ketepikan Everton Demi Kejar Jawatan Pengurus Di Man United

Wanye Rooney

Pengurus Derby County, Wayne Rooney tidak berhasrat untuk meninggalkan kelab itu untuk mana-mana pasukan dalam masa terdekat.

Beliau yang menerima pujian ramai kerana setia bersama Derby disaat mengalami kesukaran akibat masalah kewangan pernah disebut-sebut akan meninggalkan kelab EFL Championship itu.

Tetapi dalam pendedahan terkini, Rooney berkata asbab penyertaan dirinya dalam dunia pengurusan bola sepak adalah satu iaitu Manchester United.

Disaat bekas kelabnya itu sedang mengalami zaman gelap sejak pemergian Sir Alex Ferguson, pelbagai nama telah menjadi pengurus termasuklah nama-nama besar seperti Jose Mourinho dan Louis Van Gaal.

Nama ianya masih belum cukup untuk menghadirkan kejuaraan, hanya Mourinho saja berjaya memberikan EFL Cup dan Europa League sambil Van Gaal menghadiahkan FA Cup.

Bukan Everton tapi United

Menurut laporan ESPN, Rooney berkata beliau kini sedang mempersiap dirinya untuk menjadi pengurus United satu hari nanti.

Rooney yang sebelum ini pernah didekati oleh kelab remajanya iaitu Everton, menolak lamaran mereka untuk terus bertatih bersama Derby sebelum lompat ke pasukan lain.

“Tujuan asal saya masuk ke dalam pengurusan adalah kerana Manchester United. Saya dapat tawaran temuduga untuk jawatan di Everton.”

“Saya nak jadi pengurus di United. Saya sedar yang saya masih lagi belum sedia tetapi saya sedang merancang dan memastikan semuanya akan menjadi realiti satu hati nanti.”

Walaupun United mungkin sudah boleh mengosongkan kerusi pengurus untuk Rooney, tetapi ianya hanya akan boleh dilakukan pada masa hadapan.

Saat kini, mereka perlu mendapatkan pengurus baharu bagi menggantikan Ralf Rangnick yang mengendalikan The Red Devils secara sementara.

Beberapa nama disebut-sebut untuk ke Old Trafford dengan Mauricio Pochettino dan Erik ten Hag menjadi muka-muka utama untuk jawatan itu.

ten Hag dikatakan sudah bertemu dengan United namun masih belum ada keputusan rasmi dilakukan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN