Wayne Rooney Digantung Lesen Memandu 2 Tahun Dan Kerja Komuniti!

Wayne Rooney dijatuhkan hukuman digantung lesen memandu selama 2 tahun dan kerja komuniti selepas mengakui bersalah memandu dalam keadaan mabuk.

Undang-undang untuk pesalah trafik yang memandu secara mabuk di England antara yang paling tegas di dunia. Rooney tidak terlepas daripadanya.

Hukuman itu dibacakan oleh hakim di Mahkamah Majistret Stockport sebentar tadi. Rooney juga perlu melaksanakan 100 jam kerja komuniti.

Selain itu, beliau turut berhadapan dengan denda dipotong gaji 2 minggu oleh Everton. Ia termaktub di dalam kontrak semua pemain di mana kelab berhak memotong gaji mereka jika melakukan kesalahan sivil dan juga beberapa kesalahan lain termasuk mabuk.

(Photo by Tony McArdle/Everton FC via Getty Images)

Namun begitu, Rooney masih boleh membuat rayuan untuk mengurangkan penggantungan lesen memandu beliau dikurangkan kepada 24 minggu dengan memohon lesen khas pada Februari 2019.

Rooney melakukan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk itu pada 1 September di Prestbury, Cheshire. Nafas Rooney megandungi 104 mikrogram alkohol daripada 100 mililiter nafas beliau.

Had alkohol yang dibenarkan adalah tidak lebih 35 mikrogram daripada 100 mililiter nafas.

Rooney sebelum ini bebas dengan ikat jamin. Beliau menghadiri sesi pertuduhan hari ini selepas semalam beraksi menentang Manchester United.

Rooney diberikan sorakan penghargaan dalam perlawanan di mana Manchester United menang bergaya 4-0 ke atas Everton.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN