Wayne Rooney Dedahkan Beberapa Kelab Mahukan Khidmatnya Selaku Pengurus

Rooney

Meskipun belum memiliki kelayakan untuk mengurus pasukan, legenda England, Wayne Rooney mendedahkan bahawa khidmat beliau sudah mula ditagih beberapa kelab untuk dijadikan sebagai pengurus pasukan.

Rooney yang berhijrah daripada Everton ke saingan Major League Soccer (MLS) pada Jun 2018 merupakan antara sandaran utama buat DC United ketika ini.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman buat skuad England itu telah menjaringkan 23 gol dalam 40 penampilannya bersama kelab berpengkalan di Washington itu.

Menurut sumber Sky Sports, Rooney menjelaskan bahawa beliau telah mendapat perhatian beberapa kelab yang mahukannya sebagai pengurus.

”Saya mengambil langkah untuk melengkapkan lencana (lesen kejurulatihan) dan apabila saya menamatkan karier, saya akan melihat peluang yang hadir.”

(Photo by Christopher Lee/Getty Images)

”Ketika ini sudah terdapat tawaran yang dilakukan tetapi pada waktu ini saya masih seorang pemain dan mahu menikmatinya. Kemudiannya saya akan melihat tawaran yang tepat apabila saya berhenti (bermain bola sepak).”

”Ini merupakan peluang buat saya untuk secara terus ke bidang pengurusan dan apabila saya menggantung ‘but’, keputusan akan dibuat berdasarkan cita-cita kelab yang terutamanya dan apa yang betul buat kedua-dua pihak iaitu saya dan juga kelab tersebut.”

Rakan seangkatan Rooney dalam skuad The Three Lions pada ketika ini sudah mula menjadi pilihan beberapa pasukan di England apabila Frank Lampard (pengurus Derby County) semakin hampir untuk membimbing Chelsea.

Scott Parker pula akan menggalas tanggungjawab bersama Fulham dan John Terry kini adalah pembantu kepada Dean Smith di Aston Villa.

Seorang lagi rakan beliau, Steven Gerrard berada di Scotland untuk bersama Rangers buat musim keduanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN