Wayne Rooney Berharap Dirinya Dilantik Sebagai Pengurus Tetap Derby County

Rooney Derby County

Pengurus sementara Derby County, Wayne Rooney berharap agar beliau dapat diberikan tugasan secara tetap bagi membimbing kelab EFL Championship itu selepas nama John Terry semakin kuat kedengaran untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Phillip Cocu.

Cocu yang menggantikan Frank Lampard pada musim 2019/20 dipecat daripada tugasan tersebut selepas Derby County hanya mampu mencatatkan satu kemenangan dalam 11 aksi liga musim ini. Keadaan itu menyaksikan Rooney yang turut bertindak sebagai pemain, diberikan tanggungjawab untuk memangku tugasan itu.

Empat perlawanan awal di bawah kendalian Rooney juga masih belum menampakkan hasil apabila The Rams hanya mampu mencatatkan dua keputusan seri dan dua kekalahan sekali gus meletakkan mereka di dasar liga dengan lapan mata.

Keadaan itu bagaimanapun tidak dihiraukan oleh Rooney yang sebaliknya mengharapkan agar beliau diberikan tanggungjawab untuk bergelar pengurus Derby County secara tetap dan berharap proses pengambilalihan kelab dapat diselesaikan dengan segera.

”Saya tidak tahu di mana saya akan berada pada malam selasa nanti,” ujar Rooeney menurut laporan Goal.

”Saya merasakan perkara pertama adalah untuk mendapatkan hak milik secara langsung. Saya telah mengatakan pada Selasa dan Sabtu lalu, sudah tentu saya ingin menjalankan tugasan ini dengan sepenuh masa tetapi pada ketika ini kita berada di mana kita berada [sebagai interim].”

”Kami perlu menunggu semua dokumen untuk disusun dan kemudiannya kita dapat melihat apa yang akan terjadi nanti.”

”Diharapkan pemilikan baharu pasukan dapat dilakukan dengan baik kerana saya merasakan keputusan perlu untuk dibuat.”

”Saya diminta untuk mengendalikan pasukan ini sehingga satu keputusan dibuat dan itulah yang saya lakukan, jadi keputusan pantas perlu dibuat.”

”Tidak hanya untuk pemain tetapi buat semua kakitangan di kelab bola sepak ini. Semakin stabil keadaan, kita boleh merangka lebih banyak perancangan untuk masa hadapan,” tambah Rooney lagi.

Derby County dikatakan semakin hampir untuk menjual kelab tersebut kepada Derventio Holdings (UK) Limited, syarikat yang dikawal oleh Bin Zayed International LLC. Syarikat tersebut dimiliki oleh jutawan Arab, Sheikh Khaled Zayed Bin Saquer Zayen Al Nayhan.

Sheikh Khaled merupakan sepupu kepada pemilik Manchester City, Mansour bin Zayed Al Nahyan.

Kredit featured image: Laurence Griffiths/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Wayne Rooney:

Rooney Berminat Jadi Pengurus Sepenuh Masa Derby County

Wayne Rooney Beri Sokongan Moral Atas Pemilihan Kalvin Phillips

Derby County Pecat Cocu, Rooney Sedia Galas Tanggungjawab Ketuai Barisan Kejurulatihan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN