Wayne Rooney dijangka akan pulang semula ke kelab lamanya iaitu Everton pada akhir musim ini.
Beliau yang sememangnya penyokong tegar Everton sejak kecil, dan Manchester United hanyalah kelab kedua profesional beliau selepas kelab berwarna biru di Mersyeside itu.
Berminat
Rooney yang dikaitkan dengan kepulangan semula ke Everton dijangka akan menjadi realiti kerana beberapa sebab.
Antaranya kerana minat yang ditunjuk sendiri oleh Ronald Koeman yang pernah cuba untuk membeli Rooney pada bulan Januari lalu.
Selain itu juga, kontrak Zlatan Ibrahimovic dijangka akan disambung untuk 2 tahun lagi sambil khabar angin mengatakan Antoine Griezmann akan menyertai Manchester United memberikan banyak sebab untuk Rooney pergi.
Apabila ditanya mengenai soalan ini, Rooney sendiri bagaimana pun tiada jawapan untuk itu. Tetapi dalam masa yang sama tidak menolak untuk pulang semula ke Everton semula.
“Jika saya akan bermain untuk pasukan lain di Premier League. Ia cuma Everton.”
Namun begitu, Rooney ada pilihan lain dalam karier beliau yang dijangka boleh beraksi dengan cemerlang untuk 2, 3 musim lagi.
Pilihan tersebut hadir dari seberang Lautan Atlantik apabila Rooney mempunyai pilihan untuk ke Major League Soccer di Amerika Syarikat.
Selain itu, ada Rooney boleh ke Asia untuk bermain di Chinese Super League.
Jadi peminat Manchester United, kemana patut Rooney pergi?
Baca juga: 4 Aspek Asas Harus Dikuasai Oleh Seorang Pertahanan Dalam Pressing