Juventus Mula Langkah Hampiri Arsenal, Tawar €30 Juta Untuk Alexis Sanchez

Alexis Sanchez ternyata merupakan barang hangat yang Arsenal ada dan ternyata banyak kelab mahukan beliau.

Masa depan Sanchez kini tidak menentu dengan tiada lagi sebarang perbincangan mengenai kontrak baharu diadakan antara beliau dengan pihak kelab.

Mula ketuk pintu

Seperti yang kami katakan tadi, Sanchez merupakan bintang hangat yang dimahukan semua pihak.

Pihak pertama yang mula menggerakkan langkah untuk mendapatkan beliau adalah kelab Itali – Juventus.

Juventus dikatakan telah menawarkan jumlah wang sebanyak €30 juta untuk mendapatkan beliau dari Arsenal.

Langkah awal ini dilakukan Juventus kerana mereka sudah sekian lama minat kepada Sanchez.

Juventus dikatakan sudah lama minat akan Sanchez dan ianya bermula sejak Sanchez bermain untuk Udinese di Serie A.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka, Sanchez memilih untuk ke Barcelona dan kini ke Arsenal.

Cita-cita besar Juventus untuk kembali menguasai bola sepak Eropah sudah pasti bakal menarik perhatian Sanchez.

Hal ini kerana gergasi Itali sedang dalam misi untuk menjadi kuasa utama di Eropah dalam beberapa tahun lagi.

Oleh kerana itu, Sanchez akan menyertai Gonzalo Higuain, Paulo Dybala dan Mario Mandzukic andai beliau setuju untuk menyertai kelab itu.

Jadi penyokong Juventus, adakah Sanchez pembelian yang berbaloi?

Baca juga: Wanye Rooney Dijangka Pulang Semula Ke Everton, Ronald Koeman Dikatakan Berminat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN