Wayne Rooney Bakal Beraksi Mewakili England Untuk Kali Terakhir

Rooney

Bekas bintang Manchester United, Wayne Rooney akan kembali dari persaraan buat England untuk aksi terakhir berdepan Amerika Syarikat (AS) pada saingan persahabatan di Wembley bulan ini, kata Persatuan Bola Sepak England (FA), hari ini.

Rooney, pemegang rekod jaringan untuk Manchester United dan England, tidak bermain bola sepak antarabangsa hampir dua tahun.

Namun pemain berusia 33 tahun itu yang kini berpangkalan di AS kerana bermain dengan pasukan Major League Soccer (MLS), DC United di Washington, akan memakai jersi Three Lions buat kali terakhir dalam aksi di Wembley 15 November ini.

Perlawanan itu akan dinamakan The Wayne Rooney Foundation International sebagai sokongan terhadap badan kebajikan pemain itu untuk kanak-kanak kurang upaya, dengan pengurus England, Gareth Southgate menamakan pemain berusia 33 tahun itu dalam skuadnya.

“Saya sangat berbesar hati dan gembira untuk bermain buat England di Wembley sekali lagi,” kata Rooney dalam kenyataan dikeluarkan FA yang menyatakan perlawanan itu sebagai “penampilan terakhir England” buat pemain itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Gareth Southgate dan The FA kerana menjemput saya kembali dan menyokong yayasan saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN