Chelsea Atasi Crystal Palace, Alvaro Morata Balas Kepercayaan Sarri Dengan Aksi Cemerlang

Chelsea meneruskan rentak kemenangan mereka di bawah kendalian Maurizzio Sarri dengan kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace. Sekaligus meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan EPL pada musim ini.

Alvaro Morata menjaringkan 2 gol untuk Chelsea – manakala 1 lagi gol sumbangan Pedro. Gol saguhati Crystal Palace dijaringkan oleh Andros Townsend.

Gulli puji Morata

Ruud Gullit dalam analisis beliau menyatakan yang Alvaro Morata merupakan penyerang berkualiti yang diperlukan oleh Chelsea dalam usaha untuk mencabar kejuaraan liga.

Beliau berkata: “Saya dengar ramai yang melabel Chelsea tak ada penyerang berkaliber, tetapi sebenarnya Chelsea memilikinya – pemain 26 Tahun – Alvaro Morata. Cuma anda perlu gunakan beliau dengan cara yang betul.”

Gullit menyatakan yang Morata memerlukan servis seperti mana yang beliau dapat ketika berhadapan dengan Palace. Chelsea perlu memperbanyakkan lagi hantaran lintang untuk membolehkan mereka mendapatkan yang terbaik daripada Morata.

“Jika kamu memberikan servis yang baik kepada Morata – beliau akan melakukan tugasannya dengan baik. Itu yang kita semua saksikan ketika beliau di Juventus, Real Madrid, malah di Chelsea ini sendiri.

Namun di bawah kendalian Maurizzio Sarri, Chelsea lebih kepada pasukan yang mengutamakan penetrasi secara unit ke dalam kotak penalti bukannya sistem yang terlalu banyak hantaran lintang.

Oleh sebab itu pemain seperti Hazard, Pedro dan Willian diarahkan untuk lebih tajam masuk ke dalam kotak penalti dan diberikan kebenaran untuk banyak menggelecek.

Buat masa ini, Chelsea menjadi pasukan ke-12 dalam ranking hantaran lintang. Manakala ketepatan hantaran lintang mereka hanyalah 15.56% – berada di tangga ke-19.

Morata kini sudah menjaringkan 5 gol daripada 6 penampilan terakhirnya untuk Chelsea dalam semua pertandingan. Beliau seakan-akan mulai membalas kepercayaan Sarri dengan angka gol beliau.

Sarri mahu Morata terus perbaiki kelemahan

Namun begitu, pengurus Chelsea, Maurizzio Sarri pula berpendapat Morata masih perlu memperbaiki beberapa aspek permainan beliau yang rapuh.

Dalam beberapa perlawanan Alvaro Morata masih mempersia-siakan beberapa peluang gol terbaik beliau – walaupun beliau menjaringkan gol.

Chelsea kini tak kalah dalam 11 perlawanan pertama liga menyamaai pencapaian mereka pada 2005/06 dan 2014/15. Pada 2 musim tersebut mereka mengakhirinya dengan kejuaraan liga.

Chelsea berada di kedudukan ke-2 liga dengan kelebihan perbezaan jaringan mengatasi Liverpool – kedua dua pasukan berkongsi 27 mata. Manakala Crystal Palace di tangga ke-14 – hanya 3 mata di atas zon penyingkiran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN