Kelab amatur Washington Square FC secara rasmi menjadi kelab pertama ditaja oleh Redtube.
Untuk makluman pembaca yang tidak pernah mendengar tentang redtube. Ia adalah laman sesawang dewasa (adult).
Sebaik sahaja mengikat perjanjian itu. Mereka terus melancarkan kelab peminat atas usahasama itu. Dengan hashtag #RedtubeArmy para penyokong boleh menyatakan sokongan mereka kepada pasukan ini.
Ia diharap dapat meningkatkan lagi sokongan dari orang ramai.
Porn site @RedTube becomes shirt sponsor for Massachusetts football team @WashingtonSqFC 👀 #ThingsYouWontSeeInMLS #football pic.twitter.com/E5CG7mCgS0
— Tifosy (@tifosy) June 6, 2017
Namun begitu mereka bukan kelab pertama yang mengenakan tajaan syarikat pornografi di jersi mereka. Sebelum ini ada kelab Inggeris menggunakan logo Pornhub.
Kelab tersebut ialah pasukan koleh The Rutherford Raiders dari Kent University diharamkan terus daripada sebarang pertandingan di England.
Namun begitu mereka masih menjadi pasukan pertama yang ditaja oleh pesaing pornhub iaitu Redtube.
Pasukan Washington Square FC ditubuhkan pada 2013. Pasukan ini bermain di Liga Eastern Bay Amerika Utara.
Mereka berjaya memenangi promosi ke divisyen dua pada 2 musim yang lalu.
Kelab tersebut telah pun memuatnaik produk jualan mereka dalam laman rasmi kelab. Antara barangan yang dijual selain jersi termasuk singlet, topi dan beberapa kelengkapan pakaian lain.
Adakah penajaan ini akan direstui oleh badan bola sepak yang lebih tinggi? Kerana sebelum ini di England ia dihalang terus kerana tidak mahu menjadikan bola sepak medan promosi pornografi.
Mungkin juga akan ada aktivis yang akan membantah penajaan kontroversi ini. Lebih-lebih lagi, bola sepak antara sukan yang sangat berpengaruh di Amerika.