Mark Andrew Hartmann, Dari Sarawak Ke Pulau Pinang

Bekas penyerang sensasi pasukan Sarawak FA, Mark Andrew Hartmann sah menyertai Pulau Pinang hari ini. Perkara berkenaan diumumkan melalui media sosial rasmi, Facebook milik pasukan pulau mutiara itu sebentar tadi.

Kredit: Penang FA

Mark Hartmann, 25 tahun baru merasakan aksi di Liga Malaysia pada musim pertamanya pada tahun ini.

Beliau beraksi di Liga Singapura bersama Geylang International FC sebelum menyertai skuad Bujang Senang sebelum sepak mula musim 2017.

Bersama Sarawak, Mark Hartmann digandingkan dengan penyerang import dari Croatia, Mateo Roskam.

Kredit: SarawakCrocs

Mark Hartmann pantas mencuri hati penyokong bola sepak Sarawak pada awal musim. Beliau tampil sebanyak 16 kali dan menjaringkan sejumlah 7 gol untuk pasukan kendalian David Usop itu.

Empat daripada jaringan gol Mark Hartmann hadir di saingan Piala FA 2017. Mark Hartmann menjaringkan hatrik ketika pasukan Sarawak membelasah MISC-MIFA dengan jaringan 6-3 di Kuching pada 14 Februari yang lalu.

Anda pasti mengingati jaringan cantik Mark Hartmann ketika menentang MISC-MIFA ini.

Satu lagi gol dalam hadir ketika membantu Sarawak menang 2-1 ke atas Perlis dalam pusingan ke-3 saingan Piala FA di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Mark Hartmann turut menjaringkan 3 gol dalam saingan Liga Super Malaysia untuk pasukan Bujang Senang.

Gol pertamanya untuk Sarawak hadir ketika skuad Bujang Senang hampir mengejutkan pasukan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Photo by Azlandy M. A.T / www.asiana.my

Gol jaringan Hartmann memberikan pendahuluan untuk pasukan Sarawak seawal minit ke-10 perlawanan. Sarawak mendahului dua kali dalam perlawanan itu, namun Kedah bangkit untuk memastikan kemenangan 3-2.

Dua gol lagi jaringan Mark Hartmann untuk pasukan Sarawak hadir ketika Sarawak mencatat kemenangan pertama di Pulau Pinang dan juga ketika menewaskan PKNS FC dengan jaringan 3-2 di Shah Alam pada akhir Februari lalu.

Jaringan Mark Hartmann di Shah Alam adalah jaringan terakhirnya untuk pasukan Sarawak. Beliau juga kerap dilihat memulakan perlawanan dari bangku simpanan pada penghujung pusingan pertama Liga Super.

Kredit: SportTalk

Hartmann mengesahkan beliau meninggalkan skuad Bujang Senang pada minggu pertama jendela perpindahan dibuka pada pertengahan Mei yang lalu.

Berdasarkan sumber dalaman kami di Kuching, Mark Hartmann sememangnya mengimpikan untuk beraksi bersama pasukan Pulau Pinang.

Adakah Mark Andrew Hartmann akan menampilkan kembali prestasi asal beliau seperti awal musim selepas hajat beliau ini tercapai?

Selamat maju jaya Mark Andrew Hartmann!

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN