Wartawan Dedah Pemain Sengaja Boikot Skuad Kebangsaan, Liga Asia Tenggara Penuh Rasuah

Wartawan yang bernama Romain Molina mungkin asing dan watak tidak dikenali di negara ini.

Namun di media sosial dan di eropah, nama tersebut dianggap kontroversi kerana pendedahan mengejutkan di dalam bola sepak yang dilakukannya.

Siapa Romain Molina

Romain Molina adalah seorang wartawan bola sepak yang berpengkalan di Andalusia, Sepanyol dan berasal dari Perancis. Artikel tulisannya pernah diterbitkan oleh akhbar terkemuka seperti The Guardian dan New York Times.

Molina juga merupakan seorang penulis buku, dan antara naskah yang pernah ditulis oleh beliau adalah seperti The Beautiful Game, Génération Parker dan El Matador Cavani.

Beliau dikenali dengan aetikel-artikel pendedahan salah laku di dalam bola sepak. Kebanyakkannya adalah mengenai hak asasi pemain, jenayah seks di dalam bola sepak, dan isu rasuah yang mencemarkan sukan itu di seluruh dunia.

Pendedahan Molina

Antara pendedahan yang dilakukan oleh Molina adalah jenayah rogol yang dilakukan oleh pemain pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy.

Benjamin baru-baru ini didakwa di mahkamah atas enam kesalahan jenayah rogol selepas lima dakwaan berasingan yang dihadapinya pada Ogos lalu.

Terbaru, Molina turut mendedahkan pemain Real Madrid, Ferland Mendy turut terlibat dalam jenayah terhadap wanita. Kes tersebut bagaimanapun didakwa ditutup oleh pihak kelab.

https://twitter.com/MohaneshV/status/1461635349277335554?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1461635349277335554%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fbrobible.com%2Fsports%2Farticle%2Fromain-molina-soccer-allegations-megan-rapinoe%2F

Pemain berasal dari Perancis itu didakwa melakukan kekasaran fizikal dan menunjukkan kemaluan terhadap terhadap seorang wanita.

Melalui beberapa siri pendedahan lain di Twitter Space, wartawan tersebut turut mendedahkan pemain-pemain Arsenal mengambil gas ‘nitous oxide’ untuk khayal di bilik persalinan.

Beliau turut mendedahkan bagaimana Presiden sebuah kelab di Perancis menyelamatkan (cover-up) salah seorang bekas pemain antarabangsa Perancis yang melakukan jenayah penyeludupan dadah.

Bola sepak Asia

Tidak ketinggalan, Romain Molina turut mededahkan beberapa perkara mengenai bola sepak di rantau Asia.

Tanpa mendedahkan pasukan mana, Molina turut mendakwa beberapa pemain di rantau ini memilih untuk memboikot pasukan kebangsaan masing-masing kerana enggan beraksi di dalam perlawanan yang telah diatur oleh pihak tertentu.

Beliau turut mendedahkan bagaimana liga-liga bola sepak di rantau Asia Tenggara yang dicemari oleh isu rasuah dan mengatur perlawanan – sama seperti apa yang berlaku di beberapa negara Afrika dan liga kecil di Eropah.

Sejauh manakah benarnya dakwaan oleh Molina ini? Setakat ini tiada tindakan susulan dilakukan oleh badan-badan bola sepak seperti UEFA, AFC mahu pun FIFA mengenai dakwaan-dakwaan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN