Tetap Senaraikan Aidil Zafuan, Tan Cheng Hoe Mahu Bantu Masukkannya Dalam FIFA Century Club?

Aidil Zafuan JDT 2016 Malaysia Tan Cheng Hoe AFF 2020

Pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe telah umumkan senarai 28 pemain untuk kem latihan pusat dan penyenaraian bek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak menimbulkan respon pelbagai.

Ada yang bersetuju dan majoritinya mempersoalkan masih releven atau tidak pemain berusia 34 tahun itu untuk bersama skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan berlangsung Disember depan.

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1459884845849452549

Antara komen yang didapati di laman Twitter misalnya, pemilik akaun Bu Jing Yun berkata, “Aidil Zafuan is the biggest scam and liability in the skuad, tak kemana kalau dia still ada, tak percaya SS [tangkap layar] siap-siap.”

DI Facebook pula, ini pendapat pemilik akaun Arm Abdullah II tentang pemilihan Aidil Zafuan, “Hebat betul Aidil Zafuan. Jadi lubuk pun dapat call up, jarang main pun masih dipanggil. Rodney Celvin, pi ‘mengai’ ikan je lah.”

Laman Harimau Malaya pula berpendapat, “Zaman Aidil Zafuan dah habis. Lagipun, sudah lama beliau tidak berada dalam first eleven JDT. Harap Rodney Celvin, Sharul Nazeem dan Shahrul Nizam ada dalam skuad Piala AFF. TCH perlu berani mencuba gandingan centreback baharu yang lebih muda. Shahrul Saad pun dah pulih.”

Untuk rekod, Aidil Zafuan terlibat dalam tiga edisi Piala AFF iaitu pada 2008, 2012 dan 2018. Ironinya, beliau tiada dalam skuad 2010 yang menjuarai kejohanan dwi tahunan ini ketika dikendalikan Datuk K. Rajagobal. Benteng Harimau Malaya ketika itu diterajui oleh dua bek tengah muda, Fadhli Shas dan Muslim Ahmad.

Beliau juga tiada dalam skuad edisi 2014 yang mara ke pentas final sebelum tumbang 3-4 kepada Thailand.

Aidil Zafuan adalah pemain paling senior dan memiliki kaps tertinggi yang masih bermain saat ini. Mungkinkah beliau disenaraikan hanya untuk menggenapkan penampilannya agar dapat memasuki FIFA Century Club?

Bek tengah berpengalaman itu telah mengumpul 93 kaps, menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

FIFA Century Club merupakan satu senarai pemain-pemain dari setiap negara yang telah mencapai sekurang-kurangnya 100 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan dan mendapat pengiktirafan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan terdapat tujuh bekas pemain negara telah tersenarai.

Dato’ Soh Chin Aun merupakan pemain dengan penampilan terbanyak di dunia ketika ini dengan 195 kaps. Selainnya, Malaysia turut memiliki Datuk Shukor Salleh yang mengumpul 163 kaps, Datuk Mokhtar Dahari (138 kaps), Datuk R. Arumugam (131 kaps), Zainal Abidin Hassan (116 kaps) dan Datuk M. Chandran (115 kaps).

Jika Malaysia mara sehingga ke pentas final Piala AFF dan Aidil Zafuan beraksi dalam semua perlawanan, beliau akan mengumpul tujuh lagi kaps seterusnya menggenapkan 100 penampilannya bersama Harimau Malaya. Adakah itu yang sedang dilakukan oleh Cheng Hoe, bantu Aidil Zafuan masuk FIFA Century Club?

Ini kerana, berdasarkan minit permainan, beliau sudah tersisih daripada kesebelasan utama JDT. Ditambah dengan usianya, masih relevenkah beliau untuk bersama Malaysia hanya bersandarkan pengalaman?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN