Teka-teki mengenai status dua pemain kelahiran Kelantan iaitu Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Nazrin Nawi akhirnya terjawab selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerusi akaun media sosialnya pada Jumaat telah mengumumkan ‘kepulangan’ mereka.
Dalam hantaran yang sama, kedua-dua pemain tersebut dilihat telah mula turun menjalani latihan bersama pasukan buat kali pertama di bawah kendalian ketua jurulatih, Yusri Che Lah di padang Institut Kemahiran Beliau Negera (IKBN) Bachok.
Penolong Pengurus Team Red Warriors (TRW), Datuk Azman Ismail ketika dihubungi SemuanyaBOLA mengesahkan, kedua-dua pemain itu memang sudah berada di kem pasukan Kelantan. Bagaimanapun pihak KAFA masih belum dapat mengumumkan penyertaan mereka secara rasmi.
SELAMAT PULANG KECIK DAN YEEN
SELAMAT Pulang kepada Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Nazrin Nawi yang buat pertama kali turun menjalani latihan bersama skuad Liga Premier Kelantan, hari ini. pic.twitter.com/pNXWsbdioy
— TRW Kelantan FC (@trwkelantanfc) December 20, 2019
“Kami perlu hormati pihak FAM kerana masih ada beberapa perkara yang belum diselesaikan. Jadi kami tak boleh umumkan secara rasmi tentang kemasukan pemain-pemain baharu,” jelas Azman.
Wan Zaharulnizam, 28 atau lebih mesra dipanggil ‘Kecik’ sememangnya ‘produk tempatan’ dengan mula bermain bersama skuad Piala Presiden Kelantan FA sebelum menyertai pasukan Harimau Muda yang ditubuhkan oleh FAM pada 2010.
Kemudian beliau beraksi di Kelantan FA selama tiga musim pada 2014 hingga 2016. Tahun berikutnya beliau membuat keputusan untuk menyertai pasukan Pahang FA dan kekal bersama pasukan itu sehingga penghujung musim ini.
Nazrin Nawi pula yang dilahirkan di Tumpat selama ini tidak pernah bermain untuk mana-mana pasukan negeri itu. Pasukan pertamanya selepas tamat pengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil adalah UPB-MyTeam. Kemudian beliau bermain untuk pasukan KL Plus, Kuala Lumpur dan kemuncak kariernya adalah ketika bersama Negeri Sembilan pada 2012 hingga 2013.
Nazrin Nawi Milik Kelantan? – https://t.co/55E2UahIhD pic.twitter.com/EhSNK4iiMI
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 8, 2019
Kecemerlangannya di Skuad Jang itu telah memikat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memancingnya dan beliau sempat menghabiskan tiga musim bersama Harimau Selatan dan merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi Piala AFC pada 2015. Selepas itu pemain sayap berusia 31 tahun tersebut menyertai Perak dan musim lalu beliau beraksi untuk pasukan Melaka United.
Ketika ditanya apakah harapan yang diletakkan kepada dua pemain itu, Azman berharap dengan pengalaman yang mereka miliki, ianya dapat membantu jurulatih dan semua rakan sepasukan mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
“Untuk musim depan ini kami mensasarkan untuk layak ke Liga Super 2021. Bermakna kami akan berusaha untuk menamatkan Liga Premier dengan kedudukan empat terbaik kerana dengan adanya empat pasukan simpanan [feeder club] yang tidak akan naik ke Liga Super, ianya akan membantu.
Afandi Hamzah: Kehadiran Kelantan United Hangatkan Lagi Persaingan – https://t.co/YbQeN9kGuh pic.twitter.com/nOEeS02aV8
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 18, 2019
“Kami merasakan sasaran itu realistik berdasarkan pasukan yang telah dibentuk ini. Mungkin lawan yang paling kuat dalam Liga Premier untuk memberi cabaran adalah Pulau Pinang. Dengan Kelantan United kami tiada masalah. Malah kami berharap kedua-dua pasukan dapat mencipta rekod layak ke Liga Super secara bersama.”
Kredit Foto: Kelantan FA Team Red Warriors