Wan Kuzri Bakal Wakili Malaysia Tahun Ini?

Jurulatih skuad B-23 Malaysia, Brad Maloney menzahirkan minat beliau untuk mendapatkan pemain yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzri Wan Kamal untuk mewakili negara.

Bercakap kepada BERNAMA, Maloney dilihat berminat untuk Kuzri ke kejohanan yang melibatkan skuad remaja negara pada tahun ini dengan kejohanan Piala AFF B-23 menjadi sasarannya.

Maloney mengatakan yang Kuzri begitu berminat untuk mewakili negara dan pihaknya sedang berusaha semampu mereka untuk membawa pemain itu ke Malaysia.

Ketika ini, Kuzri dikhabarkan sedang mengalami masalah peribadi di Amerika Syarikat yang menyebabkan dirinya tidak boleh tiba di negara ketika ini.

“Saya telah bercakap dengannya dan beliau kelihatan cukup berminat untuk turut serta. Cuma kami ketika ini kesuntukan masa sahaja.”

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Maloney berharap yang Kuzri dapat menyertai skuad negara dalam masa terdekat walaupun sedar terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan pemain itu.

Antaranya adalah dengan menjalani tempoh kuarantin wajib apabila tiba di Kuala Lumpur.

Maloney menganggap Kuzri sebagai pemain yang cukup berbakat dan kehadirannya mampu memberikan dinamik kepada pasukan negara.

Pemilihan pemain tersebut dilihat berdasarkan ketiadaan penyerang KV Kotrijk iaitu Luqman Hakim yang tidak dibawa ke kejohanan yang bakal diadakan di Kemboja bulan ini.

Skuad kendalian Maloney dijangka akan membawa pasukan B ke Kemboja kerana mahu menguji seramai mana pemain sebelum dibawa ke Sukan Asia Hanzhou pada September ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN