Wan Kuzain Pilih Harimau Malaya

Pemain muda berdarah Malaysia yang kini beraksi di MLS, Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal sudah menyatakan pendirian beliau untuk mewakili Malaysia.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Hamidin menjelaskan, Wan Kuzain sudah menghubungi Datuk Ong Kim Swee tentang perkara itu untuk menyatakan kesediaan beliau untuk dipanggil ke dalam skuad B-22 kebangsaan.

Hamidin juga memberitahu bahawa, sebelum ini Wan Kuzain memerlukan masa untuk memilih sama ada mahu mewakili Malaysia ataupun Amerika Syarikat.

Pemain itu tidak pernah sesekali menolak kemungkinan akan berbakti kepada Harimau Malaya.

Dipetik daripada sumber Utusan Malaysia, Hamidin berkata: “Sebelum ini, dia (Wan Kuzain) tidak berminat, tetapi baru-baru ini dia telah menyatakan hasratnya kepada Kim Swee untuk bermain.”

“Jadi, kita tengah membuat persiapan untuk membawanya ke Malaysia bermain sama ada untuk pasukan Malaysia (Harimau Malaya) atau bawah 23 tahun.”

Ditanya, apakah mungkin pemain itu akan terlibat dalam perlawanan skuad senior kebangsaan dalam tugasan antarabangsa kali ini?

Datuk Hamidin kemudian menyatakan, agak mustahil untuk Wan Kuzain bermain dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE pada 10 September ini.

Hal kerana kekangan masa yang terlalu pendek untuk pemain itu dipanggil dan berlatih.

Walaubagaimanapun, Hamidin optimis pemain itu boleh terlibat dalam kejohanan Sukan SEA yang akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN