Sarri ‘Scam’ Saya, Menyesal Saya Tak Ke PSG

Pemain tengah Jerman, Emre Can menghangatkan kem Juventus apabila secara terbuka menuduh Maurizio Sarri menipu beliau dan tidak jujur dengan beliau.

Emre Can dan Mario Mandzukic antara 2 nama yang tidak disertakan oleh Juventus dalam pendaftaran skuad Liga Juara-Juara Eropah musim 2019/20.

Bercakap kepada wartawan, Can menyatakan beliau tidak berdaya untuk bercakap bagi pihak beliau, kerana tidak ada peluang. Can juga kecewa kerana tidak dimaklumkan lebih awal perkara itu.

Can berkata: “Saya tidak ada peluang mahu jelaskan kepada mereka. Saya terima panggilan daripada staf [jurulatih] Juventus, itupun perbualan itu tak sampai 60 saat, beliau [sahaja] bercakap.”

“Ianya sangat mengecewakan. Saya nak bermain di UCL.”

‘Lebih baik saya ke PSG’ – Can

Emre Can kemudiannya mendedahkan beliau menyesal kerana tidak menyertai PSG pada perpindahan pra musim. Ini kerana Can telah dipujuk oleh Maurizio Sarri untuk kekal.

Can mengesahkan PSG berminat mendapatkan beliau dan sudah berhubung dengan kelab. Walaubagaimanapun, Can memutuskan untuk kekal. Antara sebab beliau kekal adalah kerana dijanjikan bola sepak UCL.

“Kelab memberitahu dan menjanjikan saya benda berbeza pada minggu lalu. Ketika itu PSG datang untuk mendapatkan saya. Namun saya putuskan untuk kekal di Juventus. Syaratnya saya perlu bermain di UCL.”

“Jurulatih [Sarri] tidak jujur dengan saya. Jika saya tahu ini akan berlaku, saya tidak berada di Juventus lagi. Saya sekarang nak berikan rumusan daripada pihak saya, dan saya nak bercakap dengan kelab serta ejen.”

Lambakan pemain tengah

Juventus berhadapan dengan isu lambakan pemain tengah. Ini selepas mereka mendapatkan pemain seperti Rabiot, dan tidak menjual pemain tengah mereka yang sedia ada.

Walaubagaimanapun, Emre Can sebelum ini yakin beliau akan menjadi pemain yang akan menembusi skuad UCL Juventus. Ini ditambah dengan versatiliti beliau bermain dalam banyak posisi termasuk bek tengah.

Malangnya, itu tidak berlaku. Can nampaknya perlu menunggu Januari ini dan berharap nama beliau akan didaftarkan.

Sejak meninggalkan Liverpool, Emre Can masih gagal menjadi pemain utama Juventus. Beliau juga kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan Jerman.

Namun selepas komen panas dan terbuka beliau ini kepada Sarri dan Juventus, adakah pemain itu masih ada tempat di dalam pasukan selepas ini? Bahkan beliau sendiri memberikan isyarat mahu membincangkan perkara ini dengan kelab dan ejennya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN