Wan Kuzain Intai Peluang Beraksi Bersama Safawi Dan Akhyar Rashid

Pemain tengah Sporting Kansas City, Wan Kuzain Wan Kamal sedia menimbangkan peluang untuk menyarung jersi skuad kebangsaan jika mendapat panggilan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut anak muda kelahiran Amerika Syarikat itu, beliau sangat meminati dua pemain muda negara iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dan mahu beraksi bersama mereka andai digandingkan dalam skuad kebangsaan kelak.

“Dua pemain Malaysia menarik minat saya iaitu Akhyar dan Safawi kerana mereka menunjukkan aksi yang begitu berani dan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi pertahanan lawan.

“Saya mahu menjadi pemain dengan kriteria sebegitu dan sudah tentu saya mahu beraksi bersama mereka,” katanya kepada Berita Harian hari ini.

Beliau yang belum mendapat panggilan untuk menyertai skuad senior Amerika Syarikat mengakui sukar untuk membuat pilihan yang tetap kerana perlu memikirkan keluarganya yang merupakan orang Malaysia.

Malah, beliau juga memberi bayangan sedia menyarung jersi skuad Harimau Malaya andai mendapat lampu hijau dan sokongan daripada Sporting KC dan ahli keluarganya.

“Saya tidak menutup mana-mana pintu. Saya boleh mewakili Amerika Syarikat tapi keluarga saya orang Malaysia. Saya mahu memberikan sesuatu kepada keluarga yang sentiasa menyokong karier saya.

“Buat masa ini, ia 50-50. Namun saya akan membuat keputusan terbaik apabila tiba masanya nanti.

“Apa pun, impian utama saya semestinya untuk terus bersama Sporting KC. Ini detik terbaik buat saya dan saya mahu melangkah lebih jauh dalam karier saya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN