Pemain muda yang beraksi di Amerika Syarikat yang berasal dari keluarga Malaysia iaitu Wan Kuzain Wan Kamal kini telah menjadi pemain profesional!
Baru-baru ini, Kuzain telah menandatangani kontrak profesional pertama dalam karier beliau bersama-sama dengan kelab Swope Park Rangers (SPR).
SPR merupakan kelab yang bermain di United Soccer League (USL) yang merupakan liga divisyen ketiga di Amerika Syarikat.
Kelab milik Didier Drogba iaitu Phoenix Rising juga beraksi dalam liga itu.
Kuzain yang merupakan produk akademi Sporting Kansas City nyata memuaskan hati kelab tersebut selepas mempamerkan 2 persembahan menarik ketika menentang OKC Energy FC dan juga Portland Timbers 2.
Beliau nyata gembira kerana berjaya mengikat kontrak profesional pertama beliau dalam kariernya.
“Saya sangat teruja dan juga sangat gembira!”
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Sporting Kansas City dan Swope Park Rangers kerana mempercayai saya dan saya tak sabar untuk memulakannya!”
Kuzain digambarkan sebagai antara prospek muda yang terhebat di SPR.
Hal ini kerana, kepantasan yang dimilikinya dan juga kepintaran dalam permainannya menjadikan beliau sebagai pemain yang cukup baik apabila beraksi.
Kami di Semuanya BOLA mengucapkan tahniah kepada Wan Kuzain dan semoga berjaya!
Sumber:
- Sporting Kansas City (2017): SPR signs Sporting KC Academy product Wan Kuzain Wan Kamal to full USL contract; https://www.sportingkc.com/post/2017/07/11/spr-signs-sporting-kc-academy-product-wan-kuzain-wan-kamal-full-usl-contract