Apa Maksud Karakter Cina Yang Dicukur Di Belakang Kepala Amirulhadi?

Selain persoalan kenapa semua pemain JDT mencukur kepala mereka, satu lagi persoalan yang mungkin membuatkan peminat bola sepak tertanya-tanya ketika menyaksikan siaran langsung perlawanan Pahang vs JDT semalam adalah:

Apa maksud karakter cina yang dicukur di belakang kepala Amirulhadi Zainal?

Persoalan ini turut membelenggu kami ketika menyaksikan siaran langsung perlawanan ini semalam. Enggan dibiarkan gelap tanpa jawapan, kami bertanya kepada Khai Nizam, penyokong setia JDT yang juga boleh bercakap dan menulis bahasa Mandarin.

Karakter ‘wu’

Menurut Khai Nizam, karakter 五 yang dicukur di belakang kepala Amirulhadi Zainal semalam merupakan nombor 5 dalam bahasa Mandarin. Cara sebutannya adalah ‘wu’.

Dengan Amirulhadi yang memakai jersi nombor 5 di JDT, kami berpendapat karakter ‘wu’ yang dicukur di belakang kepalanya merupakan perwakilan identiti beliau – sebagai pemain no.5.

Menurut Khai Nizam lagi, terdapat satu lagi karakter cina yang mempunyai ejaan bacaan yang sama iaitu 无. Secara fonetiknya, cara sebutannya masih sama iaitu ‘wu’.

Tetapi nada bunyi 无 berlainan sikit dengan 五.

“Jika maksud 五 adalah lima, maksud 无 pula adalah ‘tiada’,” terang Khai Nizam lagi kepada kami yang langsung tiada pengetahuan dalam bahasa Mandarin.

Pemain bola sepak lain yang cukur nombor skuad di kepala

Selain Amirulhadi, Florentin Pogba adalah antara pemain bola sepak paling terbaru yang mencukur nombor skuad beliau iaitu ’19’.

(Photo by Christopher Lee/Getty Images)

Florentin, abang kepada Paul Pogba yang kini bermain di Saint Etienne mencukur sebelah kiri kepalanya dengan nombor 16 menjelang pertemuan pasukannya menentang Manchester United dalam UEFA Europa League.

Manakala di sebelah kanan kepalanya, Florentin mencukur nombor adiknya di Manchester United iaitu ‘6’.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Pada bulan Februari 2017 lepas di UAE, Asamoah Gyan pernah mencukur nombor skuad beliau di kepalanya.

(Photo credit: ISSOUF SANOGO/AFP/Getty Images)

Bagaimanapun kelakuan Gyan ini membuatkan beliau dihukum oleh UAE FA atas kesalahan memiliki gaya rambut Qaza.

Dalam Islam, gaya rambut Qaza (mencukur sebahagian daripada rambut kepala) ditegah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN