Walaupun Tewaskan Kemboja, Tetapi Malaysia Belum Pamer Aksi Sebenar

Piala AFF B-19

Pengendali skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras akui barisan pemainnya beraksi di bawah tahap keupayaan sebenar ketika menewaskan Kemboja 2-1 dalam aksi pertama Kumpulan B saingan Piala AFF B19 di Stadium Madya Senayan,Jakarta semalam.

Barisan muda negara memulakan perlawanan dengan baik apabila berjaya mendahului menerusi Najmudin Akmal pada minit ke-13 Haiqal Haqeemi meledak gol kedua tidak lama kemudian.

Namun, masuk babak kedua aksi barisan negara semakin longgar sehingga menyaksikan lawan berjaya merapatkan jurang gol menerusi Chanvibol Davit pada minit ke- 55. Kemboja tampak lebih berkeyakinan dan tampil lebih agresif selepas jaringan itu

“Ini adalah perlawanan pertama, mereka bukan stress tetapi hanya belum dapat rentak sebenar mereka. Jadi saya harap selepas kami melepasi halangan perlawanan pertama,aksi pemain akan lebih baik untuk pelawanan-perlawanan selepas ini, “ kata Hassan ketika sidang media pasca perlawanan.

Apa pun,Hassan tetap menghargai kesungguhan dan komitmen tinggi pemain-pemain yang tidak kenal erti mengalah meskipun tidak berada pada tahap permainan terbaik mereka pada Selasa dan optimis, kemenangan dalam aksi pertama akan membakar semangat pemain.

Hassan turut akui dia merehatkan beberapa pemain utama seperti Omar Raiyan Kama Azlan untuk aksi berdepan Kemboja kerana berasa ia penting, buat pasukannya melakukan penggiliran pemain dalam kejohanan berbentuk karnival seperti ini.

“Dalam kejohanan karnival seperti ini saya perlu melakukan penggiliran pemain, saya tidak boleh tumpu kepada kesebelasan utama pasukan saja. Saya perlu membuat pertimbangan terbaik demi kebaikan pasukan,

“Mungkin Omar akan diturunkan untuk aksi kedua tetapi ia bergantung kepada situasi dan juga keputusan perlawanan Singapura-Timor Leste,” kata Hassan.

Sebagai seorang jurulatih yang cukup sinonim dengan saingan antarabangsa peringkat B-19, Hassan pasti menyedari dia mungkin memerlukan pemain yang boleh memberi variasi baru kepada aksi pasukannya untuk perlawanan selepas ini.

Mungkin Omar adalah pemain yang diperlukan untuk menambah keampuhan ramuan taktikal pasukan, dalam aksi berdepan Singapura pada 7 Julai ini.

Barisan negara dijangka tidak mengalami sebarang masalah kecederaan serius selepas aksi dengan Kemboja, walaupun Hassan akui perlu melihat laporan pegawai perubatan pasukan terhadap kecederaan yang dialami Najmudin.

Dalam pada itu, Hassan enggan mengulas panjang terhadap padang di Stadium Madya Senayan yang kelihatan kurang sempurna untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa seperti Piala AFF B19 kali ini.

“Kami tiada pilihan, ini padang yang diberikan kepada kami jadi akan mengunakannya untuk berlatih dan bemain,” tambah Hassan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN