Walaupun Lawan Pasukan Liga M3, Mora Akui Sukar Nak Dapatkan ‘Clean Sheet’

Benjamin Mora

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menganggap bukan mudah untuk memastikan anak buahnya konsisten 90 minit tanpa bolos selepas menang besar 10-0 ke atas BRM FC pada aksi pusingan pertama Piala FA.

Jelasnya, apa yang paling sukar adalah mengekalkan persembahan sepanjang perlawanan terutamanya apabila mereka telah menjaringkan lima gol di separuh masa pertama dan enggan selesa pada separuh masa kedua.

Namun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol, Haziq Nadzli atas kesungguhan dalam mengawal gawang apatah lagi selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti daripada Fitri Omar pada saat akhir perlawanan.

“Apa yang paling sukar adalah untuk mengekalkan corak permainan dan juga arahan kerana kadang-kadang selepas tiga atau empat gol pertama, mereka akan mudah berasa selesa.”

“Tetapi kami di JDT tidak akan berhenti selagi belum tamat perlawanan and kita beraksi sepertimana kita menentang lawan yang terbaik dan saya rasa ia bagus apabila kami dapat menjaringkan seberapa banyak gol yang mampu.”

“Haziq pula sememangnya penjaga gol yang bagus dan dia meletakkan seluruh kekuatan untuk menyelamatkan sepakan penalti dan inilah bola sepak di mana kita sebenarnya boleh bolos dengan satu gol.”

“Tetapi ia tidak berlaku dan apabila mereka telah menjaringkan lapan gol, saya katakan kepada pemain untuk menambah dua lagi jaringan dan mereka berjaya, jadi saya sangat gembira,” katanya.

Dalam kemenangan yang diraih di laman sendiri itu, Fernando Forestieri mencatatkan hatrik sambil tujuh penjaring lain turut menyumbang jaringan.

Safiq Rahim, Safawi Rasid, Mauricio, Moussa Sidibe, Daryl Sham, Mohamadou Sumareh dan Daniel Amier adalah penjaring-penjaring tersebut.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN