Walaupun Khidmatnya Tidak Diperlukan, Lobo Masih Sayang Pasukan Penang

Pemain import pertahanan pasukan Pulau Pinang, Reinaldo Lobo tidak ditawarkan kontrak lanjutan untuk terus bersama pasukan dari utara itu.

Ini bermakna pemain import dari Brazil itu kini perlu mencari pasukan baharu bagi meneruskan aksi di Liga Malaysia.

Bercakap kepada Berita Harian, Reinaldo Lobo sebenarnya mahu menyambung khidmat bersama Pulau Pinang apabila kontraknya bersama pasukan itu berakhir pada 30 November ini namun apakan daya jodoh mereka setakat itu sahaja.

“Saya ada menerima beberapa tawaran menarik daripada kelab Malaysia, Thailand dan Indonesia. Tetapi sebagai menghormati kontrak bersama Pulau Pinang, saya tangguhkan perbincangan sehingga saya bebas daripada sebarang ikatan selepas 30 November ini.

“Semua orang tahu saya sangat menyayangi Pulau Pinang sama ada bola sepak, bandar mahupun penduduknya. Jika diberi pilihan, saya mahu kekal bermain bersama pasukan ini.

“Bagi saya status Pulau Pinang sebagai pasukan Liga Perdana bukan satu masalah besar. Ketika mula mewakili pasukan ini pada 2015, mereka juga beraksi dalam Liga Perdana.

“Begitu pun, dengan usaha keras semua pihak, kami mampu membawa pasukan ini naik ke Liga Super. Jadi, tidak mustahil kami mampu melakukannya sekali lagi.

“Tapi, ternyata Pulau Pinang sudah tidak memerlukan khidmat saya. Walaupun kecewa saya menerimanya dengan hati terbuka.

“Bermain di sini menjadi keutamaan saya. Justeru, saya akan mengadakan rundingan dengan beberapa kelab yang menunjukkan minat. Jika itu tidak tercapai, barulah saya akan menimbangkan tawaran dari kelab Indonesia dan Thailand,” kata Lobo yang pernah beraksi untuk kelab Indonesia, Mitra Kukar pada 2014.

Lobo yang memperkukuh benteng pertahanan Pulau Pinang sejak musim 2015 terpaksa disisih oleh pasukan itu pada pertengahan musim 2017 kerana kecederaan.

Walau bagaimanapun kontraknya dikekalkan sehingga hujung bulan ini. – BH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN