Yusoff Mahadi: “JDT Beri Lampu Hijau, Tunggu Ghaddar Datang Dengan Rela Hati”

Presiden Melaka United Soccer Association, Datuk Wira Yusoff Mahadi hari ini memberitahu pihak Melaka United kini menunggu kehadiran Mohamed Ghaddar.

Beliau mengesahkan berita tentang minat Melaka ke atas penggempur dari Lubnan itu. Bercakap kepada media, Datuk Wira Yusoff Mahadi, sudah mendapatkan lampu hijau daripada JDT.

Kini beliau menunggu keputusan daripada Ghaddar. Melaka sudah pun memberikan deadline kepada Ghaddar untuk memberikan jawapan sama ada beliau mahu datang ke Melaka ataupun kekal di JDT.

Yusoff Mahadi berkata:

“Kami sudah mendapat tahu yang tiada masalah daripada pihak JDT. Kini tinggal Ghaddar sahaja untuk memberikan kata putus. Saya mahu dia datang ke sini dengan rela hati.”

Mohamed Ghaddar adalah pemenang kasut emas Liga Super 2017. Beliau cemerlang bersama dengan Kelantan dan kemudian berpindah dengan rekod perpindahan liga Malaysia ke JDT.

Dalam majlis yang sama, Melaka turut memperkenalkan 2 pemain yang dipinjam dari JDT iaitu R. Gopinathan dan S. Chanturu.

Yusoff Mahadi mengesahkan pengendali Melaka, Eduardo Almeida sendiri yang mahukan 2 pemain sayap ini menyertai pasukan Melaka.

Seterusnya, Melaka United masih memburu beberapa lagi pemain import untuk menyertai pasukan mereka bagi menempuhi musim 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN