Jurulatih KL City, Bojan Hodak memahami mengapa penyokong pasukannya bertindak di luar jangkaan dengan menceroboh padang selepas tamat perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Selangor.
Aksi yang berlangsung di Cheras menyaksikan KL memenangi perlawanan dengan 1-0 (3-0 menerusi aggregat) untuk membawa pasukan ibu kota itu ke separuh akhir Piala Malaysia yang pertama sejak 1992.
Saya faham
Menurut Hodak, apa yang berlaku selepas wisel penamat itu adalah satu perkara yang difahami beliau.
Hal ini kerana, sudah lama KL tidak mencapai kejayaan sebegitu terutamanya selepas menumbangkan musuh tradisi.
“Emosi Tak Bertempat” – Perbuatan Penyokong KL City FC Ceroboh Padang Boleh Undang Padah
Malah menurut beliau, bola sepak adalah permainan yang dimainkan oleh emosi jadi tidak hairanlah kenapa penyokong KL bertindak sedemikian.
“Bola sepak adalah permainan yang menggunakan emosi dan anda tidak boleh keluarkan elemen emosi dari permainan ini.”
Walaupun beliau memahami apa yang dilakukan oleh penyokong, Hodak tetap tidak menghalalkan tindakan mereka.
Pada hemat Hodak, lebih baik begini berbanding bermain di stadium kosong.
“Apa yang mereka lakukan ini mungkin salah tetapi kita kena faham perasaan mereka.”
“Lebih baik begini, daripada bermain di stadium kosong. Mereka perlu kawal diri mereka lebih sikit.”
Baru-baru ini, pihak Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan hukuman kepada KL atas perbuatan yang dilakukan penyokong mereka Ahad lalu.
MFL mengarahkan separuh akhir pertama antara KL dan Melaka United di Cheras diadakan tanpa kehadiran penyokong.