Wakil PAFA & FAP Senada Mahu KFA Adakan Pertemuan Bersama MFL Bincang Kemelut Berpanjangan

MFL

Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) Dr Amar Pritpal Abdullah berharap Persatuan Bolasepak Kedah dapat mengadakan pertemuan dengan Malaysian Football League (MFL).

Beliau berkata, selaku rakan kongsi MFL, semua pasukan negeri dan kelab perlu mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan apa saja isu berbangkit daripada terus mensensasikan menerusi media.

“Pada pendapat saya apa saja permasalahan, sesuatu isu yang tidak jelas perlu diatasi menerusi perbincangan demi situasi menang-menang.

“Kita perlu mendapat penjelasan sebelum membuat apa-apa keputusan. Kita selesaikan dulu secara dalaman sebelum bawa keluar. Kita semua adalah rakan kongsi dan seharusnya mempunyai hak untuk bersuara tapi secara perbincangan bersama,” katanya.

Semalam Ketua Pegawai Eksekutif MFL Kevin Ramalingam memberi kenyataan untuk menjemput KFA mengadakan perbincangan pada 10 Januari ini.

Ini berikutan KFA tidak menghantar wakil ketika pertemuan MFL bersama 24 rakan kongsi lain terdiri daripada pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Yadzan Mohammad turut senada dengan Amar menyifatkan pendekatan MFL seharusnya disambut lebih positif.

“Sebagai rakan kongsi bersama MFL, saya berpandangan Kedah duduklah berbincang dahulu bersama MFL.

“Dalam perbincangan itu, mereka boleh bertanyakan terus apa sahaja perkara berbangkit sebagaimana rakan-rakan kongsi lain lakukan dalam Taklimat Pasukan Liga Malaysia di Johor pada minggu lalu.

“Sama ada mereka berpuas hati atau sebaliknya, terpulang kepada mereka tetapi apa yang mustahak, mereka juga sebagai rakan kongsi harus tahu kepentingan mereka dalam MFL.

“Saya secara peribadi berharap perkara yang melibatkan Kedah ini dapat ditangani dengan lebih baik kerana kita mahu menyaksikan liga negara berjalan lebih harmoni,” katanya.

Artikel dan foto: MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN