Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Pochettino vs Sarri: Pertarungan ‘High Pressing’ Dalam Misi Mencari Trofi Karier Pertama

Tottenham Hotspur dan Chelea akan beraksi dalam separuh akhir pertama Piala Carabao pada awal pagi esok. Spurs dalam misi menamatkan kemarau trofi sejak 2008, iaitu sedekad yang lalu.

Chelsea akan melawat jiran mereka di Wembley. Dalam perlawanan sebelum ini, Chelsea tumpas 3-1 di tangan Spurs pada November lalu.

Laluan Spurs

Spurs adalah pasukan yang melalui laluan paling sukar. Mereka dipertemukan dengan 3 pasukan EPL setakat ini. Dalam aksi menentang Watford, Spurs hampir tersingkir. Namun mereka berjaya menang menerusi penentuan penalti.

Bukan keutamaan Spurs?

Pochettino menyatakan sebelum ini, Piala Carabao bukan keutamaan mereka. Sebaliknya fokus mereka adalah 4 teratas dan saingan liga. Namun selepas melihat beberapa aksi liga mereka gagal mencatatkan keputusan positif, rasanya di bilik mesyuarat Spurs sudah ditukar misi itu. Piala Carabao mungkin dalam sasaran mereka pada kali ini.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 19: Mauricio Pochettino, Manager of Tottenham Hotspur looks on prior to the Carabao Cup Quarter Final match between Arsenal and Tottenham Hotspur at Emirates Stadium on December 19, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Alex Morton/Getty Images)

Spekulasi tersebar luas mengaitkan Pochettino dengan jawatan di Old Trafford pada musim hadapan. Jadi, jika berjaya menjuarai piala Carabao, ianya akan menaikkan lagi kredibiliti beliau sama ada untuk mengikat kontrak dengan kelab lain – ataupun untuk meneruskan projek lebih besar di Spurs selepas ini – di stadium baru mereka.

Tottenham Hotspur menuju ke aksi separuh akhir Piala Carabao dengan rekod 14 kemenangan daripada 17 perlawanan terakhir mereka – walaupun tersentak dengan kekalahan di tangan Wolverhampton Wanderers sebelum ini.

Spurs lebih cergas

Dalam aksi Piala FA – pada Jumaat lalu – menentang Tranmere Rovers – Pochettino merehatkan ramai bintang utama pasukan beliau. Jadi, Spurs memiliki pasukan yang agak cergas untuk perlawanan ini.

Harry Kane sudah menyatakan keyakinan beliau untuk merobek gawang Chelsea sekali lagi. Dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum ini, pertahanan Chelsea sukar untuk mengawal kapten Spurs itu.

LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 20: Son Heung-Min of Tottenham Hotspur celebrates scoring the opening goal with team mates during the Barclays Premier League match between Tottenham Hotspur and Crystal Palace at White Hart Lane on September 20, 2015 in London, United Kingdom. (Photo by Ian Walton/Getty Images)

Kane setakat ini menyumbang sekurang-kurangnya 1 gol dan 1 bantuan gol dalam 8 perlawanan berturut-turut di kesemua aksi beliau.

Squad depth Chelsea

Chelsea kini mulai merasai isu ‘squad depth’. Ianya bukan dari segi kuantiti tetapi dari segi kualiti. Ketiadaan penyerang no.9 yang prolifik membuatkan Sarri mulai menjadikan Hazard sebagai false no.9. Walaupun tidak seteruk laluan Spurs, namun Chelsea menyingkirkan Liverpool, Derby County dan Bournemouth untuk sampai ke separuh akhir.

Hazard

Sarri ada misi peribadi untuk menjulang trofi kompetitif pertama dalam karier pengurusan beliau. Ketika di Itali, media kerap melabel Sarri sebagai pengurus yang genius namun terpaksa menguruskan pasukan yang agak terhad. Di Napoli beliau menjadikan beberapa pemain berbakat menjadi pemain kelas dunia.

Ketika berhijrah ke Chelsea, ramai menganggap kedua dua – Chelsea dan Sarri – saling melengkapi. Chelsea ada dana yang banyak dan merupakan kelab pembeli. Manakala Sarri ada taktikal yang baik untuk diterapkan. Malangnya beberapa hari lalu Sarri mengejutkan ramai pihak apabila pengurusan Chelsea menandatangani Pulisic tanpa pengetahuan beliau.

Sarri

Namun begitu, kualiti Chelsea yang ada membuatkan Sarri terus mengorak langkah. Beliau kini dijangka akan memberikan ruang kepada pemain muda berbakat iaitu Callum Hudson-Odoi – yang diburu oleh Bayern Munich. Hudson-Odoi mencipta kedua-dua gol Morata dalam saingan Piala FA menentang Nottingham Forest.

Pertarungan high pressing

Kami jangkakan kedua-dua pasukan akan lebih berhati-hati dalam perlawanan ini, namun ia bukan bermakna mereka terlalu pasif. Pasukan ini tetap akan cuba menekan lawan masing-masing di garisan tinggi.

Kedua-dua pasukan membina serangan daripada penjaga gol. Chelsea lebih gemar membentuk serangan di half-space. Manakala Spurs ada variasi dari segi permainan di sayap dengan hantaran lintang kepada target man – dan juga permainan di bahagian tengah dengan adanya pemain kreatif.

Siapa akan menang?

Kedua-dua pasukan boleh dianggap seimbang dalam perlawanan ini. Namun Spurs lebih bermotivasi daripada kemenangan mereka yang lalu – ke atas Chelsea.

Sebarang kesilapan kecil adalah terlalu besar risikonya dalam perlawanan seperti ini. Chelsea pastinya perlu memperbaiki aspek pertahanan mengekang gerakan tanpa bola Spurs.

Pertarungan ini juga pertarungan 2 pengurus dengan falsafah bola sepak yang dikagumi ramai. Mereka akan cuba untuk menamatkan penantian trofi pertama dalam karier kompetitif mereka. Hanya ada beberapa langkah sahaja lagi.

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!