Quantcast

BERITA

VOLTA: Salah Satu Dari Lima Perkara Paling Mengujakan Mengenai FIFA 20

Musim telah berakhir. Juara sudah ditentukan. Penjaring terbanyak sudah ditabalkan. Pasukan terbaik tahunan telah diumumkan. Kini, masanya semakin hampir untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada FIFA 19.

Semalam, sewaktu slot EA (Electronics Art) di konvensyen E3, permainan FIFA 20 telah dipertunjukkan buat kali pertama kepada umum.

Sekali Imbas

Biarpun mempunyai beberapa ciri tambah baru pada FIFA 19 seperti new house rules, time finishing dan taktikal baru, ia masih menerima kritikan teruk dari peminat siri permainan bola sepak ini sehingga Bleacher Report telah memberikan ratings teruk (5.5/10) berbanding FIFA 18 (8.5/10).

Kami mengharapkan FIFA 20 bakal memperbaiki beberapa kekurangan dari siri FIFA 19 dan menjadikan permainan FIFA hebat semula, seperti FIFA 98 dan FIFA 2004. Kami di SemuanyaBOLA juga adalah pemain FIFA tegar seperti anda, jadi ini adalah 5 perkara mengenai FIFA 20 yang membuatkan kami teruja!

1. VOLTA! – Penghidupan Semula FIFA Street!

Penambahan terbaru FIFA 20 adalah bola sepak jalanan (street soccer) yang dikenali sebagai mod VOLTA. Menurut EA, Volta berasal dari perkataan Portugis yang bermaksud “kembali semula.”

Jadi, adakah FIFA 20 mengembalikan semula memori FIFA Street yang sudah lama dimahukan oleh kita?

Ya, malah ia jauh lebih bagus!

Apa yang membuatkan peminat FIFA akan menyukai ciri ini adalah ia sangat customizable; dari pembangunan avatar pemain, pemakaian, aksesori, gaya permainan serta cara permainan; 3 lawan 3 (rush, tanpa penjaga gol), 4 lawan 4, 4 lawan 4 rush, 5 lawan 5 dan futsal professional.

Malah, anda juga boleh memilih untuk bermain di pelbagai tempat persis FIFA Street dulu, sama ada ada dinding atau tiada dinding, ada garisan keluar atau tiada. Malah, ada stage khas yang didedahkan seperti Amsterdam, Buenos Aires, London dan Tokyo.

Selain itu, ia juga hadir dengan mod permainan VOLTA kick off yang menggunakan pemain dari pasukan sebenar (contohnya Real Madrid vs Atletico Madrid), VOLTA World (bina pasukan VOLTA anda dan bertandinglah dengan pemain lain, dan boleh curi pemain jika menang), VOLTA Story (mod jalan cerita ala-ala The Journey) dan VOLTA League (perlawanan liga online seperti FUT).

Sekali imbas, macam dua game dalam satu kan? Memang berbaloi.

2. Authentic Game Flow

Salah satu dari kritikan pada FIFA 19 adalah mengenai gameplay nya. EA membalas kritikan itu dengan menambah baik permainan melalui patches dan kini, untuk FIFA 20, mereka memperkenalkan system AI yang ditambah baik yang dipanggil Authentic Game Flow (AGF).

Menurut EA, sistem AGF ini membuatkan pemain AI semakin bijak dalam mengawal masa, ruang dan posisi mereka di padang, menekankan kepada penggunaan ciri Dyanamic One on One, selain meningkatkan AI pertahanan dan menambah baik sistem pergerakan pemain.

Dynamic One On One; Berasaskan tempo permainan, AI pemain yang tidak dikawal akan semakin bijak mecari ruang untuk melakukan aksi one-on-one dengan penjaga gol.

AI Defending; Perubahan menyeluruh untuk cara pertahanan AI untuk membantu pemain bertahan dengan lebih baik. Kali ini, pemain yang bertahan dikatakan akan lebih “dilindungi” berbanding AI pertahanan FIFA 19.

Natural Player Motion: Pemain FIFA 20 dikatakan bakal nampak lebih hidup dan realistik dengan penambahan ciri ini. Antara ciri yang ditambah baik adalah cara larian dan positioning bagi pemain AI yang tidak dikawal pemain.

3. Decisive Moments- Tempoh Yang Menentukan Segalanya!

Ciri Decisive Moments yang diperkenalkan dalam FIFA 20 ini akan memberikan anda lebih kawalan kepada perkara-perkara yang boleh mengubah arah tuju sesebuah perlawanan. Dari elemen Composed Finishing di hadapan gol lawan dan Controlled Tackling di bahagian pertahanan, terdapat juga elemen Strafe Dribblling dan Set Piece Refresh yang bakal menjadikan permainan menjadi lebih terbuka.

Strafe Dribbling: elemen gelecekan baru yang ditambah supaya anda boleh memerangkap pemain pertahanan lawan sebelum menewaskan mereka menggunakan kelajuan atau skill.

Controlled Tackling: Menggunakan Active Touch System, pemain yang melakukan terjahan bakal mendapat kelebihan baru. Jika tackle itu bersih, semakin cerah kebarangkalian untuk pasukan yang melakukan terjahan itu bakal memenangi semula bola.

Set Piece Refresh: Lebih banyak teknik dan cara untuk menjaringkan gol dengan penambah baikan baru ini; sama ada untuk sepakan percuma mahupun sepakan penalti.

Composed Finishing: Penambahbaikan di terapkan dalam unsur finishing dalam FIFA20 ini, menjadikan ia lebih klinikal dan lebih padu, seperti sepakan voli yang dijamin akan memuaskan hati!

4. Pergerakan Baru Bola

Sistem pergerakan baru bola (ball physics) dikatakan bakal menjadikan  FIFA 20 lebih menyeronokkan. Ia dirangka untuk memberikan unsur realism seperti dalam dunia sebenar dengan trajektori baru, sistem lantunan dan pantulan akibat terjahan serta putaran bola yang lebih mematuhi hukum fizik.

Football Informed Motion: Ciri yang ditambah baik dari FIFA 19 dengan pergerakan bola yang lebih mirip dunia sebenar, terutamanya dari segi putaran dan lantunan.

New Shot Trajectories: Dengan sistem pergerakan baru bola yang lebih banyak, lebih mudah untuk pemain malakukan rembatan knuckle ball jarak jauh ala-ala Faiz Subri, set piece yang melencong jauh sebelum masuk dan first timer yang cun.

5. Pelancaran

EA mengumumkan bahawa peminat boleh mendapatkan mulai 27 September ini secara cakera fizikal mahupun dimuat turun secara digital. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai akaun EA Access boleh mula bermain permainan ini seminggu lebih awal dari tarikh pelancaran.

Bagi mereka yang melakukan pra-tempah untuk edisi Ultimate dan Champions League pula, mereka akan boleh mula bermain 3 hari lebih awal dari tarikh pelancaran sebenar (24 September).

Untuk versi demo pula, ia boleh dimuat turun secara percuma di semua platform. Ia masih belum diumumkan lagi, namun kami percaya seperti tahun lalu, ia boleh dimuat turun lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh pelancaran sebenar, namun khabar angin mengatakan ia bakal berlaku pada 12 September.

Jadi, kalau anda memang kaki FIFA dan pejuang tegar FUT seperti kami, jangan lupa untuk membuat pra-tempah untuk permainan ini! Nanti kita jumpa di gelanggang VOLTA!