Virgil van Dijk Sah Cedera ACL, Bakal Jalani Pembedahan

Virgil van Dijk

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool terpaksa menelan kepahitan apabila kelab tersebut mengesahkan tonggak pertahanan, Virgil van Dijk bakal menjalani pembedahan susulan kecederaan lutut yang dialami ketika pertemuan menentang Everton, kelmarin.

Van Dijk yang menjadi nadi utama jentera pertahanan Liverpool sejak menyertai The Reds pada jendela perpindahan musim sejuk kempen 2017/18 terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-11 setelah beliau menerima terjahan keras daripada penjaga gol Everton, Jordan Pickford.

Beliau yang dikejarkan ke hospital sebaik sahaja insiden tersebut berlaku dilaporkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di mana memerlukan pembedahan.

Perkembangan terkini berhubung keadaan pemain berusia 29 tahun itu telah dikeluarkan oleh Liverpool menerusi laman sesawang rasmi kelab tersebut.

Keadaan itu nyata membuatkan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp resah selepas beliau terlebih dahulu kehilangan khidmat penjaga gol utama, Alisson Becker yang mengalami kecederaan bahu sebelum pertemuan menentang Aston Villa, tempoh hari.

Laporan turut menyebut bahawa tiada tempoh spesifik untuk melihat van Dijk dapat kembali pulih daripada kecederaan tersebut.

Sehubungan dengan itu, van Dijk juga berkemungkinan akan terlepas sebahagian besar aksi pada musim ini dalam usaha Liverpool untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu.

Dengan masalah yang sedang dihadapi skuad bimbingannya, Klopp pasti akan membariskan Joel Matip dan Joe Gomez sebagai gandingan di pertahanan tengah. Pengendali kelahiran Jerman itu sebelum ini turut pernah meletakkan Fabinho di posisi tersebut.

Selepas mengharungi lima perlawanan liga, Liverpool kini menghuni tangga keempat dengan tiga kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan untuk mengumpul 10 mata.

Kredit featured image: Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Van Dijk:

Virgil Van Dijk Dedahkan Sebab Beliau Memilih Liverpool

Jordan Henderson Label Virgil Van Dijk Sebagai Pemimpin Sebenar

Collymore: Virgil Van Dijk Tiada Sifat Tanggungjawab Seperti Alan Hansen

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN