Pengerusi Southampton Sudah Bersuara, Virgil Van Dijk Bukan Untuk Dijual!

Musim ini, Virgil Van Dijk sering menjadi nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab-kelab seperti Liverpool dan juga Chelsea.

Beliau telah pun menghantar permohonan untuk berpindah, namun begitu pihak Southampton telah beri kenyataan jelas yang pemain itu tidak akan pergi ke mana-mana.

Baru-baru ini, pengerusi Southampton iaitu Ralph Krueger mngeluarkan kenyataan yang pemain itu akan terus kekal bersama mereka untuk musim baharu Premier League ini.

(Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

“Virgil Van Dijk bukan untuk dijual untuk jendela perpindahan ini.”

“Ianya bukan sebab peribadi, sebab beliau sendiri tetapi ia lebih kepada sudut yang lebih menyeluruh dan besar.”

“Yang pastinya, ia adalah untuk kelab ini sendiri iaitu Southampton.”

Krueger juga menegaskan yang setiap kali jendela perpindahan berlaku, pasti akan ada pemain-pemain skuad utama mereka yang akan meninggalkan kelab.

“Musim panas pertama saya disini terdapat 5 pemain senior yang keluar dan 6 pemain baharu masuk. Ia tak masuk dengan pemain dari akademi.”

“Musim panas kedua, 3 pemain keluar dan 7 yang masuk. Musim panas ketiga, 5 keluar dan 5 yang masuk.”

Kreuger mahukan Southampton menjadi kelab yang tidak lagi menjadikan keluar masuk pemain itu satu perkara normal bagi mereka.

“Sekarang 1 sahaja pemain yang keluar dan 2 yang masuk. Dan inilah yang kami mahukan!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN