FIFA 18 Career Mode Hadir Dengan Ciri Baharu, Pengurus Boleh Berbincang Bersama Ejen & Pemain

Ketika ini, pelbagai khabar lebih banyak diceritakan oleh pihak Konami dan juga Pro Evolution Soccer 2018 (PES2018) berbanding pesaing mereka iaitu EA Sports dan juga FIFA 18.

Siri yang paling kerap dimainkan oleh para peminat FIFA adalah siri FIFA Ultimate Team (FUT), namun begitu mereka masih mempunyai pengikut yang ramai dalam siri Career Mode.

Pengikut Career Mode nyata mahukan pembaharuan yang seiring dengan dunia bola sepak sebenar, jadi EA Sports menambah ciri-ciri menarik terutamanya ketika pembelian pemain!

Pihak EA Sports telah menambah ciri-ciri animasi yang menarik ketika Career Mode. Ini boleh dilihat ketika anda sedang berurusan dengan kelab yang ingin membeli pemain anda.

Sebaik sahaja tawaran masuk dan anda memilih untuk berbincang mengenai tawaran itu kepada pihak kelab, maka anda akan ke satu babak atau cutscene yang dimana anda akan berbincang dengan kelab luar seperti di bawah ini.

Selain itu juga, anda akan berurusan dengan pemain dan ejen mereka. Anda juga akan memasuki ke dalam babak yang dimana  pemain yang mahukan kontrak baharu serta wang yang lebih banyak di dalam kontrak mereka.

Selain itu, akan ada persembahan kepada pengenalan pemain baharu di menu Career Mode anda.

Perihal kontrak juga kini semakin mendalam, pihak kelab boleh berbincang untuk meletakkan klausa perlepasan dan klausa atas jualan (sell-on clause) di dalam kontrak pemain.

Ia pastinya memberikan lebih keseronokan kepada mereka yang bermain FIFA 18 nanti!

Sumber:

  1. 90Min (2017): New FIFA 18 Career Mode Features Revealed Which Will Change the Game Forever; http://www.90min.com/posts/5401208-new-fifa-18-career-mode-features-revealed-which-will-change-the-game-forever

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN