Vinicius ‘Tibai’ La Liga Selepas Beliau Teruk Menjadi Mangsa Hinaan Berunsur Perkauman

Vinicius Junior tampil menghentam La Liga selepas beliau teruk menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman ketika aksi pertemuan antara Real Madrid bertemu Valencia awal pagi tadi.

Aksi pertemuan antara Valencia bertemu Real Madrid dalam saingan La Liga awal pagi tadi tercemar dengan insiden Vinicius Jr menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman.

Vinicius dilaporkan menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman ketika aksi kekalahan 1-0 Real Madrid bertemu Valencia di Mestalla Stadium.

Bintang kebangsaan Brazil itu bahkan tidak mampu menghabiskan perlawanan tersebut selepas beliau dilayangkan kad merah pada hujung-hujung minit permainan.

Ketika berjalan meninggalkan padang, Vinicius dilihat menganjing penyokong Valencia dengan mengatakan bahawa mereka akan tersingkir dan bermain di liga division kedua.

Selepas tamat perlawanan tersebut, bintang berusia 22 tahun yang kerap menjadi mangsa penyokong pasukan seteru itu telah memuat naik status di laman media sosial miliknya untuk meluahkan isi hati beliau.

Vini memuat naik status di laman Instagram miliknya untuk meluahkan isi hatinya dan beliau juga sepertinya turut menghentam La Liga atas penderitaan yang beliau hadapi.

“Kad merah saya adalah hadiah kepada racists. Ini bukan bola sepak, Ia adalah La Liga.”

Tulis Vinicius di laman media sosial miliknya.

Vinicius Jr kemudiannya menulis kata-kata yang sangat padu di laman twitter miliknya dengan beliau turut mengaitkan bekas bintang La Liga seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Ronaldo dan Ronaldinho.

“Ia bukanlah kali pertama, juga bukan kali kedua, dan bukan kali ketiga. Perkauman adalah satu hal biasa dalam saingan La Liga.”

Tulis Vini di laman twitter miliknya.

“Pertandingan ini fikir ia hal biasa, Persatuan juga fikirkan hal sama dan pihak lawan menggalakkan itu. Saya betul-betul minta maaf. Kejuaraan yang pernah menjadi milik Ronaldinho, Ronaldo, Cristiano dan Messi kini menjadi milik perkauman.”

“Negara yang indah, yang menerima saya dan yang saya sayang, tapi yang turut bersetuju untuk menunjukkan bayangan sebagai negara racist kepada dunia. Saya minta maaf kepada orang Sepanyol yang tak bersetuju, tapi hari ini, di Brazil, Sepanyol terkenal sebagai negara yang racists.”

“Dan malang sekali, atas segala yang telah berlaku setiap minggu, saya tak dapat nak pertahankan. Saya bersetuju. Tapi saya masih kuat dan akan berjuang hingga ke akhirnya untuk menentang racists walaupun saya jauh dari sini.”

Menurut laporan dari media di Sepanyol, ia merupakan kali ke-10 Vinicius menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman sepanjang musim ini.

Pengurus, Carlo Ancelotti turut menghentam La Liga dengan beliau sempat mengancam untuk membawa pemainnya meninggalkan padang andai ia tidak berhenti.

“Jika seluruh stadium memanggil seorang pemain itu monyet, kita perlu hentikan permainan. Saya dah cakap hal ini kepada pengadil.”

Jelas Carlo.

“Kami sudah mengadu tentang segala gangguan seperti itu sepanjang musim ini dan tiada apa berlaku. Ia sudah sampai ke satu tahap yang mana seorang pengurus perlu pertimbang untuk membawa pemainnya keluar kerana perlawanan tidak dihentikan. Memang ada sesuatu yang tak kena dengna liga ini jika hal ini berterusan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN