Ketika Iceland meraikan kemenangan mereka ke atas England dengan viking clap di Euro 2016, ia dianggap satu detik yang sangat indah dan cantik dalam bola sepak.
Ia juga turut dicalonkan dalam Anugerah Penyokong Terbaik FIFA Best 2016.
Ia terus menjadi fenomena dan diikuti di seluruh dunia. Perancis antara yang pernah melakukan viking clap di stadium mereka selepas fenomena yang dicetuskan oleh Iceland.
Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukannya di stadium mereka selepas menang ke atas Jerman di separuh akhir.
Wales juga ada melakukan keraian ini bersama penyokong-penyokong mereka. Ia kemudiannya ‘merebak’ ke seluruh dunia.
Di negara kita, musim lalu penyokong Melaka United antara yang terawal melakukan viking clap ini selepas Euro 2016.
https://www.youtube.com/watch?v=1udgt6WZEB0
Musim ini banyak babak viking clap dilakukan di dalam liga Malaysia. Antaranya dari Kedah
https://www.youtube.com/watch?v=AGv6v-eXzkQ
Sehinggalah ke pasukan Negeri Sembilan.
Tidak lupa juga di negara jiran kita, penyokong Persib Bandung dan Arema pernah melakukan ini:
Dan rekod 100 ribu penyokong melakukan viking clap di Stadium Azadi
Adakah viking clap ini ada kaitan dengan bangsa Viking?
Viking adalah satu bangsa yang tinggal di sekitar Scandinavia termasuk Sweeden, Norway, Denmark dan Iceland. Mereka adalah bangsa penakluk dan juga penjajah.
Terdapat banyak naskah yang menceritakan kisah kepahlawanan Viking dalam sejarah.
Jadi, apabila Iceland melakukan keraian dengan tepukan tangan yang sekata dari perlahan sehinggalah laju dan diakhiri dengan sorakan atau nyanyian kegembiraan, mereka menggelar ia Viking Thunder Clap, Viking War Chant ataupun Viking Clap.
Jadi, ramai yang mulai mengaitkan ia dengan sejarah tentera ataupun pahlawan Viking yang mungkin melakukan sorakan yang sama.
Memang ia digelar viking war chants tetapi ia bukan dari tentera viking dari zaman dahulu.
Sebarang percubaan untuk mengaitkan viking thunder clap ini dengan sebarang unsur ritual perperangan daripada zaman viking adalah kurang tepat.
Dari Motherwell ke Iceland dan ke seluruh dunia
Menurut satu publikasi Morgunbladid di Iceland, lagu sorakan viking war chants adalah diilhamkan oleh penyokong kelab kecil dari Iceland iaitu Starjnan.
Ianya selepas mereka melihat satu sorakan dari penyokong Motherwell.
Starjnan berkunjung ke Motherwell pada 2014 untuk kelayakan ke Liga Europa. Mereka seri di Scotland dan kemudian menang 3-2 di tempat sendiri.
Kempen Starjnan dalam kelayakan berakhir di tangan Inter Milan.
Dalam perlawanan di Scotland, penyokong Motherwell telah bersorak dengan satu tepukan serentak dalam satu tempo yang sama mengikut pukulan dram. Ia diakhiri dengan lagu Since I Was Young.
Sorakan ini yang dibawa oleh penyokong Stjarnan ke negara mereka dan menamakan ia sebagai Viking War Clap. Sorakan yang diakhiri dengan ‘Huh’ setiap kali bertepuk tangan.
Sejak dari itu, sorakan ini juga telah digunakan oleh penyokong Iceland untuk menyorak pasukan kebangsaan mereka. Ianya satu kejayaan besar penyokong Starjnan meskipun pasukan mereka gagal ke Europa.
https://www.youtube.com/watch?v=-sU_l7mvfOk
Starjnan memang terkenal dengan keraian yang kreatif termasuk pemain-pemain mereka di dalam padang.
Namun ada beberapa rakaman yang menunjukkan Viking Clap ini sebenarnya sudah dilakukan lebih awal Greece. Penyokong PAOK pernah melakukannya pada 2011.
Di Turki penyokong Panathinaikos pernah menyatakan sorakan ala Viking clap ini sudah lama mereka lakukan. Namun berdasarkan pemerhatian kami, ia agak berbeza dengan Viking clap yang diinspirasikan dari Iceland.
Saksikan ini:
Berbalik kepada PAOK, mereka mungkin melakukan sorakan ini lebih awal. Namun tidak ada kredit yang lebih besar.
Ini mungkin kerana publisiti liga yang tidak segah Liga Jerman yang kerap dikongsikan cara penyokong mereka bersorak.
Untuk kelab dari Russia, sorakan ultras mereka kerap dikongsikan di laman sosial kerana mereka mempersembahkannya di pentas UCL ataupun UEL.
Untuk Viking clap yang dilakukan Iceland, ia memang diinspirasikan dari penyokong Starjnan dari Motherwell.
Ia terus diangkat menjadi sorakan ‘kebangsaan’ untuk skuad Iceland. Ironinya, pada 2016 selepas chants ini dicipta, pasukan Iceland mempersembahkannya di pentas bola sepak Euro yang ditonton jutaan manusia.
Jika Iceland tidak ke Euro, mungkin viking clap ini juga akan jauh daripada pandangan peminat bola sepak.
Mereka menciptanya sejak 2014, namun ramai kita hanya menyaksikannya pada 2016.
Sebab itulah Viking clap itu lebih sinonim dengan Iceland (yang diilhamkan dari Motherwell) walaupun ada penyokong lain melakukannya lebih awal.
Ini kerana versi mereka yang telah membuatkan jutaan audien menyaksikannya buat pertama kali.
Jadi, kami menunggu viking clap ini dilakukan secara beramai-ramai dari penyokong 2 pasukan dalam satu stadium di negara kita pula selepas ini. Mungkin dalam perlawanan separuh akhir Piala FA esok?
Baca juga: TSAM Mahu KAFA Kekalkan Ghaddar, Jurulatih Dan Pemain Import Baru Menyusul