FMLLP Kecewa PBNP Umum Tiada Siaran Langsung Semifinal Piala FA

Pada petang tadi, kira-kira pukul 3 petang, PBNP menerusi facebook Pahang FA membuat pengumuman siaran langsung Piala FA dari Stadium Darulmakmur pada 30 April 2017 dibatalkan.

Ia menarik perhatian ramai pihak. PBNP hanya memberikan alasan, siaran langsung tidak dapat ditayangkan kerana kerana kerja-kerja baik pulih kemudahan di stadium.

Pada pukul 8 malam tadi, FMLLP melalui siaran medianya menyatakan ia sepatutnya tidak berlaku, dan FMLLP telah menghubungi PBNP berhubung isu ini.

FMLLP menuduh Pahang telah menghampakan peminat bola sepak Malaysia yang mahukan lebih siaran langsung, mereka pula mahu mengurangkannya.

Menurut FMLLP:

Satu perjanjian kerjasama telah ditandatangani di antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kesemua pasukan untuk menjadi sebahagian daripada Football Malaysia LLP (FMLLP).

Ia adalah asas secara kolektif untuk bersama-sama memacu bola sepak Malaysia ke hadapan.

Kerjasama ini juga bermaksud lebih banyak pendapatan bagi setiap pasukan melalui penyertaan mereka dalam Liga Malaysia.

Apabila pasukan tidak mematuhi syarat-syarat perjanjian ini, kesannya dirasai oleh semua pihak yang berkepentingan. Bukan sahaja kepada pasukan yang tidak mematuhi.

Ini kerana apa sahaja kesan kepada Liga akan memberi kesan kepada semua komponen itu, termasuk pasukan lain. Semua terikat antara satu sama lain untuk maju atau gagal bersama.

Dengan tidak membenarkan siaran langsung perlawanan, terutama perlawanan yang penting, ianya akan memberi kesan yang besar sekali.

1. Nilai komersial susut

Perjanjian penyiaran dan komersil boleh terjejas kerana nilai akan menyusut. Penaja pasukan tidak mendapat pendedahan sepatutnya di peringkat separuh akhir.

Penyokong juga akan terbabit kerana tidak semua peminat pasukan yang terlibat boleh datang memberi sokongan di stadium.

Terdapat juga unsur-unsur peminat neutral yang mahu menonton dengan penuh minat dan mengetahui kemajuan seterusnya.

Apa yang setiap pasukan harus menyedari adalah perlawanan samada di gelanggang sendiri atau lawan, ianya bukan mengenai mereka sahaja. Ia melibatkan semua pihak.

2. Kena ubah mentaliti

Pemikiran ini mesti diubah untuk kita bergerak maju ke hadapan.

Kenyataan yang dibuat setakat ini adalah siaran langsung tidak dibenarkan di Stadium Darul Makmur bagi perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA, dan ini jelas akan menjejaskan semua pihak yang terlibat.

3. Tanggungjawab PTR

Ianya adalah tanggungjawab Pasukan Tuan Rumah (PTR) untuk menyediakan kemudahan siaran langsung dan FMLLP telah berhubung dengan PBNP untuk tindakan selanjutnya.

4. Pahang melanggar syarat peraturan komersial

Sekiranya siaran langsung tidak dibenarkan, maka Pahang jelas melanggar peraturan komersil yang mana mereka telah menerima pendapatan mereka untuk tahun 2017.

Ya, pendapatan ini telah berkembang empat kali ganda sejak 2014. Dan FMLLP sedang berusaha keras untuk memastikan ia berganda atau tiga kali ganda lagi dalam tahun mendatang. Kita berada di landasan yang betul.

Tetapi ini adalah perkara-perkara yang boleh menjejaskan segala-galanya.

Dan apabila ia tidak berlaku, adakah kita mahu menyalahkan FMLLP atau kita perlu melihat perkara-perkara secara objektif dan sedar bahawa perkara-perkara ini adalah apa yang memegang kita kembali.

Struktur adalah sesuai bagi FMLLP untuk mencapai kemajuan. Komponen telah berada di tempatnya. Adakah kita akan menunjukkan sikap yang betul?

Semoga isu selesai

Diharap isu siaran langsung ini akan diselesaikan dengan baik oleh semua pihak yang berkepentingan. Sama-sama kita nantikan kata putus isu ini esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN