Vietnam Rai Tewaskan Malaysia Seolah-Olah Telah Layak Ke Piala Dunia

Pemain Vietnam rai menang Malaysia kelayakan Piala Dunia 2021

Pemain dan para penyokong Vietnam telah rai kejayaan menumpaskan Malaysia seumpama mereka telah berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2022.

Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan ke-7, Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al-Maktoum. Gol di minit ke-82 oleh kapten, Que Ngoc Hai sudah cukup untuk mereka meraih kemenangan tipis.

Malaysia mempamerkan kesungguhan dalam perlawanan kali ini disebabkan mereka tidak lagi boleh tewas dalam baki dua perlawanan ini. Namun, di babak pertama Vietnam terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi Nguyen Tien Linh.

Malaysia menguasai perlawanan, namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan mereka telah berputih mata. Berdasarkan statistik, Malaysia memiliki 62 peratus penguasaan permainan, tetapi Vietnam lebih banyak mencipta peluang boleh gol.

Daripada 14 percubaan yang dicipta, empat daripadanya adalah percubaan yang hampir memberikan mereka jaringan, manakala untuk Malaysia, daripada sembilan percubaan yang dicipta hanya dua sahaja percubaan hampir boleh gol dihasilkan.

Dua sepakan penalti diberikan oleh pengadil perlawanan tetapi sepakan penalti yang dihadiahkan oleh Ryuji Sato kepada Vietnam dilihat sangat meragukan apabila pemain Vietnam, Nguyen Van Toan dilihat seperti membuat simulasi dalam kotak penalti.

Malaysia terlebih dahulu meraih sepakan penalti selepas bek sayap, Doan Van Hau didapati mengasari Guilherme de Paula dan ia telah disempurnakan oleh penyerang naturalisasi negara itu sendiri untuk mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-71.

Umpama karma, Naga Emas juga mendapat penalti walaupun terdapat keraguan terhadap simulasi yang dilakukan Nguyen Van Toan di dalam kotak penalti. Pengadil mempersalahkan pemain tengah, Brendan Gan kerana melakukan kekasaran.

Para pemain Vietnam dilihat menyanyi keriangan di dalam bilik persalinan selepas kejayaan tersebut. Que Ngoc Hai juga meraikan golnya dengan penuh keterujaan dengan gaya bermain piano. Ia adalah malam yang paling mereka nikmati.

Que Ngoc Hai Malaysia Vietnam kelayakan piala dunia 2021
FOTO: VNExpress

Pengendali mereka, Park Hang-seo juga tersenyum manis saat meraikan jaringan Que Ngoc Hai dengan perlawanan hanya berbaki lapan minit. Mereka tahu, mereka bakal menang dan hanya perlu menanti pengadil perlawanan meniup wisel penamat.

Para penyokong yang hadir ke stadium turut dilaporkan menangis keriangan selepas mereka sah menewaskan Malaysia. Segalanya tampak seperti mereka telah menang Piala AFF atau tidak keterlaluan seperti meraikan kejayaan layak ke Piala Dunia.

Banyak sebab mereka meraikan kemenangan ke atas Malaysia penuh kegilaan. Dengan hanya 38 peratus penguasaan bola, Vietnam sebenarnya tertekan. Mereka gagal ‘menamatkan aksi lebih awal’ disebabkan kekentalan kubu Harimau Malaya.

Kemenangan ini juga membolehkan mereka terus menerajui aksi Kumpulan G dengan 17 mata, dua mata di depan UAE yang menang ke atas Indonesia. Mereka juga hampir pasti melangkah ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia, kali pertama dalam sejarah.

Naga Emas hanya perlu merekodkan keputusan seri berdepan UAE untuk sah layak ke Piala Asia dan ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia. Paling manis tentunya menang ke atas Malaysia, musuh serantau yang sama-sama memburu tiket ke Piala Dunia.

Baca lagi artikel lain mengenai Vietnam dan Malaysia:

Gol Penalti ‘Nasib’ Vietnam Padam Hasrat Malaysia

Media Vietnam: ‘Bertahan Di Garisan Tinggi’ Umpama Pedang Dua Mata Buat Malaysia

Bangkitlah Harimau Malaya Dari Lena, Contohi Ngauman Singa Mesopotamia!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN