Apa Yang Dibisikkan De Paula Kepada Pemain Vietnam Sebelum Ambil Penalti?

Apabila Que Ngoc Hai mahu mengambil sepakan penalti kontroversi untuk Vietnam, dalam perlawanan menentang Malaysia di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada malam tadi, kelihatan jelas penyerang naturalisasi negara Guilherme de Paula seperti berkata sesuatu kepada kapten Vietnam itu.

“Sebelum saya mengambil sepakan, ada pemain Malaysia cuba memberikan tekanan. Dia bercakap Bahasa Inggeris, maka saya faham beberapa patah perkataan yang dikatakannya. Dia mahu saya menyepak keluar bola itu, keluar dan terus keluar,” kata pemain pertahanan tengah  itu.

“Tetapi pemain yang berani tahu bagaimana untuk berhadapan perkara sebegitu. Saya sudah biasa. Pemain Malaysia bertindak provokatif begitu demi kebaikan pasukan mereka. Saya ingatkan diri agar tidak pedulikannya, fokus kepada sepakan dan jaringkan gol, lalu berikan kemenanga kepada pasukan,” tambahnya lagi.

Dalam pertemuan penting melibatkan kedua-dua pasukan semalam Nguyen Tien Linh membuka tirai jaringan untuk Vietnam pada minit ke-27 perlawanan. Tetapi skuad Harimau Malaya berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh De Paula pada minit ke-72 perlawanan.

Kedudukan 1-1 pada ketika itu dilihat ancaman kepada pasukan Vietnam dengan momentun boleh beralih kepada pasukan Malaysia. Keputusan seri juga akan memberikan kelebihan kepada UAE yang akan bertemu Vietnam dalam perlawanan terakhir kelayakan Kumpulan G.

Beberapa perubahan yang dilakukan oleh Park Hang-seo selepas itu bagaimanapun berjaya membantu pasukan mengekalkan intensiti permainan Vietnam. Penyerang gantian, Nguyen Van Toan dijatuhkan oleh Brendan Gan di dalam kotak penalti, dan Ngoc Hai menyempurnakan tanggungjawab diberi.

Mengulas sepakan yang diambilnya kepada media selepas perlawanan, Ngoc Hai berkata: “Sepakan penalti harus mempunyai variasi agar tidak terperangkap. Saya biasanya merembat deras sahaja. Untuk perlawanan ini (menentang Malaysia) saya sudah berlatih untuk menabah variasi sepakan.

Kemenangan pada malam tadi bermakna Vietnam kini memungut 17 mata dan menggungguli Kumpulan G. Skuad kendalian Park Han-seo kini hanya memerlukan  satu mata sahaja lagi ketika berhadapan UAE pada 16 Jun untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang akan diadaka di China.

 

 

Baca artikel-artikel menarik lain mengenai bola sepak Vietnam melalui pautan:

Gol Penalti ‘Nasib’ Vietnam Padam Hasrat Malaysia

Pernah Tuduh Tan Cheng Hoe Intip Pasukan, Park Hang-seo Terus Paranoid Taktik Licik Sendiri

VIDEO: Penyokong Vietnam Berikan Guard Of Honour Kepada Penyokong Malaysia

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN