Vietnam Menyepi, India Serius Mahu Pancing Park Hang-seo

Pasukan kebangsaan India dikatakan serius mahu mendapatkan khidmat Park Hang-seo selepas kontrak jurulatih dari Korea Selatan itu bersama Vietnam tamat dalam masa terdekat.

Menurut media Vietnam thethao247, Persatuan Bola Sepak India (AIFF) telah meletakkan nama Park Hang-seo sebagai calon utama untuk menggantikan jurulatih dari Croatia, Igor Stimac.

Vietnam sepi

Stimac dianggap gagal melaksanakan tugas beliau oleh AIFF selepas India gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Asia. Di pusingan kedua kelayakan yang lalu, India menamatkan cabaran di kedudukan ketiga dengan tujuh mata.

Situasi Park Hang-seo yang dipantau rapat oleh India membuatkan ramai penyokong Vietnam tidak senang. Apatah lagi jurulatih berpengalaman itu dianggap sebagai bapa pembangunan bola sepak Vietnam.

Kontrak Park Hang-seo bersama Vietnam akan tamat pada 1 Januari 2022. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Le Hoai Anh sebelum ini pernah berkata jurulatih skuad Naga Emas itu berhak dan dibenarkan untuk berbincang dengan mana-mana pihak lain mengenai masa depannya sekiranya tiada pembaharuan kontrak dalam tempoh enam bulan terakhir dipersetujui bersama.

Malah sehingga kini Le Hoai Anh dan VFF masih menutup mulut mengenai kontrak Park Hang-seo.

 

Masalah kewangan dipercayai antara punca mengapa VFF melambatkan perbincangan mengenai kontrak baharu bersama jurulatih tersebut walaupun sudah mendatangkan banyak keputusan positif kepada bola sepak Vietnam sejak dilantik pada 2017.

Pencapaian Park Hang-seo bersama Vietnam

Selepas menyertai Vietnam pada 2017, Park Hang-seo telah berjaya melakar kejutan membawa skuad B-23 negara itu muncul naib juara Piala Asia B-23 pada 2018.

Pada tahun yang sama juga, jurulatih itu membawa skuad senior Vietnam muncul juara Piala AFF Suzuki selepas menewaskan seteru Asia Tenggara, Malaysia di perlawanan akhir.

Kebangkitan bola sepak Vietnam di peringkat Asia terus dirasai apabila Park Hang-seo berjaya mengemudi pasukan B-23 Vietnam sehingga separuh akhir Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Indonesia.

Tahun 2019 pula menyaksikan Park Hang-seo membawa pasukan Vietnam memenangi pingat emas Sukan SEA yang berlangsung di Filipina.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Vietnam:

Vietnam Rai Tewaskan Malaysia Seolah-Olah Telah Layak Ke Piala Dunia

VIDEO: Penyokong Vietnam Berikan Guard Of Honour Kepada Penyokong Malaysia

Media Vietnam: ‘Bertahan Di Garisan Tinggi’ Umpama Pedang Dua Mata Buat Malaysia

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN