Vietnam Ke Korea Selatan Untuk Latih Tubi Sebelum Hadapi Piala AFF 2018

Vietnam
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Calon juara bagi kejohanan Piala AFF Suzuki 2018, Vietnam akan menjalani latihan pusat di Korea Selatan sebagai persediaan untuk kejohanan dwi tahunan yang bakal berlangsung November depan.

Dengan pasukan Thailand dikhabarkan kehilangan khidmat 4 tonggak utama pasukan, tumpuan untuk kejuaraan kejohanan bakal beralih kepada beberapa calon lain termasuklah Vietnam.

Ini berikutan aksi meyakinkan skuad B-23 Vietnam yang cemerlang dalam dua kejohanan besar di Asia, iaitu Kejohanan AFC B-23 pada Januari dan juga Sukan Asia 2018 pada Ogos lalu.

Di Kejohanan AFC B-23, mereka dikecewakan oleh Uzbekistan di pentas final dalam masa tambahan, sementara ketika di Sukan Asia, mereka telah layak sehingga ke separuh akhir.

Dan skuad kebangsaan mereka juga tidak mengecewakan apabila telah layak secara merit ke Kejohanan Piala Asia 2019 yang bakal berlangsung di UAE pada Januari depan.

Mungkin itu adalah indikasi awal yang skuad Vietnam adalah calon pilihan juara untuk kejohanan Piala AFF kali ini dan mereka telah memilih untuk berlatih di Korea Selatan sebagai persediaan.

Dan kejohanan AFF kali ini bakal memperlihatkan sisi terbaik pasukan Vietnam serta ia juga pasti menjadi medan buat mereka untuk persediaan sebelum melangkah megah ke Piala Asia.

Vietnam

Selain itu, tempat bintang Thailand, Chanathip Songkrasin selaku pemain tumpuan kejohanan pasti akan beralih kepada pemain tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai yang berusia 20 tahun.

Ketua jurulatih, Park Hang-seo pastinya sudah memiliki ramuan untuk mengadun pemain-pemain muda terbaik mereka bersama beberapa pemain senior yang telah berpengalaman.

Skuad ‘The Golden Star‘ itu dijangka bakal berlatih di Pusat Latihan Kebangsaan di Paju, Korea Selatan dan turut akan menjalani 3 perlawanan persahabatan sepanjang berada di sana.

Juara edisi 2008 itu telah diundi bersama-sama Malaysia, Laos, Myanmar dan Kemboja. Ironinya, 4 pasukan itu kecuali Laos telah berada dalam kumpulan yang sama untuk edisi 2016 lalu.

Pada edisi itu, Vietnam selaku juara kumpulan bersama Myanmar telah layak ke separuh akhir, namun kedua-dua pasukan telah tumbang kepada lawan masing-masing di peringkat tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN