Virgil Van Dijk Puji Prestasi Cemerlang Yang Ditampilkan Daniel Sturridge

Sturridge

Pertahanan tengah Liverpool, Virgil van Dijk melontarkan pujian terhadap rakan sepasukannya Daniel Sturridge susulan jaringan gol penyelamat yang dihasilkan pemain tersebut pada pertemuan dengan Chelsea di Stamford Bridge baru-baru ini.

Menurutnya, gol yang terhasil bekas penyerang Chelsea pada penghujung babak perlawanan itu pengambarkan bahawa pemain itu adalah bakat yang sangat istimewa bertaraf dunia.

“Kami (Liverpool) mempunyai pasukan yang kuat, pemain berkelas dunia dan salah seorangnya adalah Daniel Sturridge,” puji Van Dijk menerusi Liverpoolfc.com

Penyerang kelahiran Inggeris ini terus menjadi tumpuan peminat tegar The Reds pada permulaan musim ini apabila beliau berjaya menampilkan persembahan yang menyakinkan dalam beberapa siri perlawanan sebelumnya.

Setakat ini Sturridge telah berjaya menjaringkan dua gol dalam lima penampilan beliau dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pemain gantian.

Pada pertemuan dengan Chelsea bagi saingan EPL minggu ke-7, Sturridge seperti biasa tampil sebagai pemain gantian.

Beliau masuk pada minit ke-86 menggantikan James Milner.

Berhadapan dengan Chelsea tidak menjadi masalah besar buat Sturridge apabila beliau hanya memerlukan masa tiga minit untuk menjaringkan gol penyelamat buat Liverpool.

“Saya tahu apa yang boleh dilakukan oleh Sturridge.”

“Dia kini berada dalam prestasi terbaik di sepanjang musim ini, “ujar Van Dijk.

Sebelum beraksi di Stamford Bridge, Sturridge turut berjaya merobek gawang The Blues dalam saingan Piala Liga di Anfield.

Dalam perlawanan tersebut, Sturridge telah berjaya menjaringkan gol gaya akrobatik di dalam kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol kedua Chelsea, Willy Caballero.

Gol tersebut meletakkan Liverpool mendahului perlawanan pada minit ke-58.

“Saya sangat senang dengan Daniel Sturridge.”

“Dia sering memberikan gol penting bagi kami.”

“Dalam perlawanan besar, dia perlukan semua orang untuk memberi sokongan bagi menaikkan prestasinya, sekaligus melakukan yang terbaik demi pasukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN