Vietnam Bakal Berdepan ‘Taegeuk Warriors’ Dalam Edisi Sulung Kejuaraan AFF-EAFF 2019

Vietnam

Juara Piala AFF Suzuki 2018, Vietnam bakal berdepan dengan Korea Selatan dalam satu perlawanan yang dinamakan Trofi Kejuaraan AFF-EAFF yang bakal dilangsungkan pada Mac 2019.

Perlawanan tersebut bakal berlangsung dua tahun sekali selepas kejuaraan Piala AFF ditentukan dan untuk edisi kali pertama ini, perlawanan akan dilangsungkan di Stadium My Dinh.

Perjanjian persefahaman (MoU) antara Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dan Persekutuan Bolasepak Asia Timur (EAFF) telah ditandatangani pada 15 Disember 2018 di Hanoi.

Dalam perjanjian tersebut, juara Kejohanan EAFF 2017, Korea Selatan bakal berdepan dengan juara Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam – yang akhirnya dimenangi oleh Vietnam.

Vietnam’s forward Nguyen Anh Duc celebrates after making the first goal for Vietnam during the AFF Suzuki Cup 2018 final football match between Vietnam and Malaysia at the My Dinh Stadium in Hanoi on December 15, 2018. (Photo by Manan VATSYAYANA / AFP) (Photo credit should read MANAN VATSYAYANA/AFP/Getty Images)

Naga Emas berjaya menewaskan Harimau Malaya 3-2 secara agregat selepas merekodkan kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF di Stadium My Dinh pada Sabtu.

Kejohanan dwi-tahunan ini akan dilangsungkan di negara juara Piala AFF dan kemudian akan dianjurkan pada tahun 2021.

Untuk rekod, Kejohanan EAFF telah memasuki edisi ke-7 penganjuran dan perjanjian persefahaman ini dilihat dapat membantu meningkatkan tahap bolasepak Asia Tenggara.

Telah mula dianjurkan sejak tahun 2003, Kejohanan EAFF hanya dimenangi oleh 3 negara iaitu Korea Selatan, Jepun dan China.

Foto: AFP

Taegeuk Warriors mendominasi kejohanan dengan 4 kejuaraan setakat ini iaitu menang pada edisi 2003, 2005, 2015 dan 2017.

Berada di kedudukan ke-53 dunia, Korea Selatan dilihat mampu memberi satu pengalaman perlawanan yang lebih baik dan berharga kepada pasukan dari Asia Tenggara selepas ini.

Vietnam pula adalah pasukan terbaik daripada Asia Tengara ketika ini dengan berada di kedudukan ke-100 dunia mengatasi Raja Bolasepak ASEAN sebelum ini, Thailand.

“Kami gembira dengan persetujuan untuk mengadakan Kejuaraan AFF-EAFF setelah kedua-dua Persekutuan berjanji untuk bekerjasama dalam pembangunan bola sepak masing-masing.

“Saya yakin kerjasama antara dua Persekutuan ini akan menjadi salah satu contoh perkongsian antara federasi serantau di FIFA,” ujar Presiden EAFF, Chung Mong-gyu kepada pihak media.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN