Viera: “KIta Akan Bantu Singkirkan Balotelli Dari Nice Seperti Yang Dimahukan”

Pengurus Nice yang baru, Patrick Viera berkata pihak kelab akan membantu menyingkirkan Mario Balotelli dari kelab itu seperti yang beliau hajati.

Balotelli kembali menemui sentuhan jaringan di Perancis, selepas berhijrah menyertai pasukan Ligue 1 itu sejak dua musim yang lalu. Bagaimanapun, tiada nama Balotelli di dalam kesebelasan utama Nice dalam perlawanan pertama liga musim ini.

(Photo credit should read YANN COATSALIOU/AFP/Getty Images)

Tanpa Balotelli, Nice tewas 1-0 kepada pendatang baru Ligue 1, Reims.

Viera turut mengesahkan ketiadaan Balotelli di dalam kesebelasan utama adalah disebabkan pemain tersebut telah menyatakan niat dirinya yang mahu berhijrah keluar dari Nice.

Dalam satu temuramah bersama Canal Plus, pengurus Nice yang merupakan bekas pemain tengah Arsenal dan turut pernah beraksi bersama Manchester City itu berkata:

(Photo by VI Images via Getty Images)

“Pemain itu mahu meninggalkan tempat ini. Besar kemungkinan beliau tidak akan kekal. Ia adalah situasi yang sukar dan rumit. Oleh itu, pihak kelab memutuskan akan melakukan setiap perkara demi memastikan hajat beliau dicapai.”

“Di sini, kami hanya mahukan pemain yang mempunyai cita-cita membawa kelab ini ke hadapan,” tambah Viera lagi.

Jika benar Balotelli bakal meninggalkan Nice, tidak boleh dipastikan di manakah destinasi seterusnya buat penyerang Itali yang pernah menyarung jersi Liverpool ini.

(Photo by Simon Stacpoole/Mark Leech Sports Photography/Getty Images)

Sebelum ini Balotelli pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Marseille, namun perbincangan di antara kedua-dua kelab dilaporkan gagal mencapai kata sepakat.

Khabar angin turut mengaitkan Balotelli dengan perpindahan kembali ke Serie A, dengan Inter Milan dan AC Milan antara dua kelab berpotensi untuk disertai Balotelli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN