VIDEO: Wartawan Guna ‘Google Translator’ Dinafikan Soalan Kepada Griezmann Kerana Tidak Tahu Bahasa Perancis

Saviez-vous à quel point il est important de maîtriser le français? Soalan di dalam Bahasa Perancis ini bermakna: Tahukah anda betapa pentingnya untuk menguasai Bahasa Perancis?

Di dalam dunia di mana era globalisasi dan tanpa sempadan mengambil tempat, penguasaan pelbagai bahasa dilihat sebagai salah satu kelebihan bagi mana-mana individu yang mengejar makna progresif.

Tanpa mengira bidang yang diceburi, kemahiran menguasai pelbagai bahasa sentiasa dianggap sebagai kelebihan. Apatah lagi di dalam bidang kewartawanan dan media.

Mungkin itulah hakikat yang perlu diterima oleh seorang wartawan dari Sepanyol, Pedro Morata ketika menjalankan tugas beliau sepanjang Piala Dunia 2018 di Rusia.

Semalam, Morata berhadapan dengan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezman di dalam satu sidang media oleh pasukan Perancis.

Griezmann adalah antara pemain yang sedang hangat diperkatakan oleh media mengenai perpindahan ke Barcelona selepas kejohanan Piala Dunia tamat.

Di dalam sidang media berkenaan, penyerang Perancis tersebut tidak boleh lari daripada soalan mengenai masa depannya bersama Atletico Madrid, walaupun sidang media berkenaan adalah mengenai persiapan Piala Dunia pasukan Perancis.

“Hari ini kita tidak akan berbicara mengenai masa depan saya. Ya, saya sudah membuat keputusan mengenainya.”

“Tetapi saya tidak akan bercakap mengenainya pada hari ini. Ia bukan masa dan tempat yang sesuai untuk berbicara mengenai hal tersebut,” ujar Griezmann pada awal sidang media.

Untuk mengelakkan soalan mengenai masa depannya Griezmann ditanya, pengendali sidang media berkenaan yang merupakan pegawai dari pasukan Perancis menghadkan soalan yang ditanya wajib di dalam Bahasa Perancis.

Dan walaupun tidak pandai berbahasa Perancis, ia tidak menghalang wartawan dari sebuah stesen radio Sepanyol, Cadena SER, Pedro Morata untuk mendesak soalan yang sama kepada Griezmann dengan kaedah sangat inovatif.

Morata terlebih dahulu menyediakan soalan tersebut dengan menaip di telefon pintar miliknya untuk diterjemahkan ke Bahasa Perancis.

Ketika tiba giliran beliau untuk bertanyakan soalan, Morata hanya perlu menghalakan telefon bimbit ke arah mikrofon sebelum soalan dimainkan oleh Google Translator.

Suasana agak janggal, namun kelihatan kelakar dengan wajah Morata yang selamba ingkar akan peraturan yang ditetapkan oleh pegawai pasukan.

Walaupun Griezmann kelihatan tersenyum dengan tindakan Morata, perbuatan tersebut jelas tidak disenangi oleh pegawai sidang media yang bertindak menafikan soalan ditanya oleh Morata, sebelum giliran bertanya diberikan kepada wartawan berikutnya.

Mungkinkah Morata harus mengikuti pengajian kelas Bahasa Perancis selepas ini?

Anda boleh mengikuti video kejadian tersebut melalui pautan di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN