Seperti yang dilaporkan, Perak berjaya mencatatkan kemenangan sulung dalam Kejohanan Futsal Antarabangsa Powernet 2020 Piala Raja Iskandar Dzurkarnain selepas menundukkan Bank Sumut Cabkor Medan dari Indonesia dengan keputusan 2-0.
Di samping berjaya memungut tiga mata penuh bagi mencerahkan peluang ke perlawanan akhir pada Ahad ini, jaringan menarik yang dihasilkan Muhammad Faizul Azuan Ramli Sharip nyata mencuri tumpuan.
Pemain kelahiran Ipoh itu melakukan percubaan voli menarik berpunca daripada sepakan sudut yang diambil Razin A. Rahim pada minit ke-10 perlawanan bagi membuka tirai jaringan. Rembatan kaki kiri tersebut tidak mampu dihalang penjaga gol Bank Sumut Medan, Visrut Sirawatjirapong.
Satu lagi jaringan buat pasukan Perak dihasilkan oleh Muhammad Firdaus Zulkefli berselang lapan minit kemudian bagi melengkapkan kemenangan 2-0 buat tuan rumah.
Kredit video & foto: Perak Futsal