MFL Perkenal Sistem DTMS Bagi Gantikan Sijil Perpindahan Pemain

DTMS

Malaysian Football League (MFL) telah memperkenalkan sistem perpindahan pemain yang dikenali Domestic Tranfer Matching System (DTMS) bagi menggantikan Sijil Perpindahan Negeri (SPN) bermula musim ini.

Sebelum ini, pelaksanaan perpindahan pemain menggunakan sistem SPN secara manual bagi mendaftarkan pemain tempatan dan pemain import yang sedia ada bermain dalam Liga Malaysia.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, beliau optimis pengenalan DTMS akan memberikan lebih kelancaran kepada pasukan bertanding untuk proses pendaftaran pemain.

Sebagai rekod, pemain import yang kali pertama berhijrah ke Liga Malaysia akan menggunakan International Tranfer Matching System (ITMS) untuk mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC).

Dato’ Ab Ghani Hassan

“MFL sangat teruja melihat DTMS dapat dilaksanakan bermula tahun ini di mana sistem ini telah mendapat kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Dengan adanya DTMS, transaksi perpindahan pemain akan menjadi lebih telus termasuk memastikan rekod perpindahan itu lebih sistematik dan teratur.

“Justeru, saya percaya penambahbaikan ini akan menjadi satu perkhabaran gembira bukan sahaja kepada pasukan tetapi juga kepada penyokong-penyokong bola sepak tempatan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Ab Ghani turut mengumumkan jendela perpindahan kedua pemain Liga Malaysia dibuka bermula 15 Jun sehingga 12 Julai di mana beliau yakin tempoh berkenaan memberikan tempoh masa cukup kepada pasukan untuk melakukan persiapan bagi mengharungi kejohanan Piala Malaysia 2020 dan Challenge Cup 2020.

“Bagi memastikan persiapan setiap pasukan berada dalam keadaan terbaik, MFL telah menganjakkan masa jendela perpindahan pemain kedua yang dibuka pada 15 Jun sehingga 12 Julai akan datang.

“Secara tidak langsung, pasukan dapat merancang dengan lebih baik untuk mendapatkan khidmat pemain baharu sebelum bermulanya kejohanan Piala Malaysia 2020 dan Challenge Cup 2020.

“MFL berharap agar semua pasukan dapat mematuhi garisan panduan yang ditetapkan sebelum sepak mula Liga Malaysia pada 28 Februari depan dan MFL turut mahu mengambil peluang mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua pasukan bertanding,” katanya.

Hari ini jendela perpindahan pertama dibuka sehingga 15 Mac depan dan Liga Malaysia membuka tirai menyaksikan perlawanan Johor Darul Ta’zim menentang Kedah dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 28 Februari depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN