Seperti yang diketahui, pemain legenda Indonesia, Bambang Pamungkas telah pun mengumumkan persaraannya selepas perlawanan melibatkan pasukannya, Persija Jakarta dan Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Sayangnya dalam perlawanan tersebut, Bambang yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-75 tidak dapat membantu pasukannya dari mengalami kekalahan 2-1 kepada musuh tradisi mereka itu.
Namun begitu, ianya langsung tidak menjejaskan sambutan besar-besaran yang berlangsung selepas perlawanan tersebut di mana semua penyokong tetap di kerusi masing-masing bagi meraikan hari terakhir legenda kesayangan mereka sebagai pemain bola sepak di stadium keramat itu.
🎥 Bambang Pamungkas memasuki lapangan di laga kandang pamungkas Macan Kemayoran musim ini ✊❤️#ShopeeLiga1 #ShopeeForMen #ShopeeID pic.twitter.com/2VBn5GpAfB
— BRI Liga 1 (@Liga1Match) December 17, 2019
“Orang bijak berkata, laki-laki sejati tidak menangis, tapi hatinya berdarah. Malam ini, izinkan saya menjadi seorang laki-laki sejati, dengan tidak banyak berbicara, cukup hati saya yang berdarah,” kata Bambang pada awal ucapannya.
Dalam ucapannya, Bambang turut menyatakan penghargaannya kepada seluruh anggota besar pasukan Persija Jakarta di atas segala bantuan yang diberikan sepanjang karier beliau di kelab tersebut. Beliau juga berterima kasih kepada Gabenor Jakarta serta gabenor-gabenor sebelumnya yang telah mendukung kelab tersebut.
Tidak terkecuali, beliau juga merakamkan sebesar-besar penghargaan kepada juga semua penyokong Persija Jakarta yang digelar ‘Jakmania’ sama ada yang hadir di stadium atau di mana sahaja mereka berada.
[Video] Bambang Pamungkas, Legenda Persija Nomor 20 Pamit pic.twitter.com/xq9Xxl5BIa
— Bola (@Bolanet) December 17, 2019
“Saya pernah merasa menjadi pemain terbaik di sini. Saya pernah menjadi top skor [penjaring terbanyak] di sini. Saya juga pernah [menjadi] juara di sini.
“Namun demikian, saya juga pernah patah kaki di sini, saya pernah depresi di sini, dan saya juga pernah dianggap pengkhianat di sini. Namun dengan segala kondisi yang saya alami, kalian tetap berada di belakang saya.”
Ucapan Bambang itu merujuk kepada insiden di mana beliau telah digelar ‘pengkhianat’ oleh penyokong Persija Jakarta kerana berpindah ke pasukan Pelita Bandung Raya pada tahun 2013.
— Keesh (@keeshmatstats) December 18, 2019
“Perjalanan seorang pesepak bola, bukan tentang seberapa jauh dia melangkah atau seberapa cepat dia sampai. Namun tentang makna dari perjalanan yang pernah dia lalui dan jejak apa yang ditinggalkan.
“Semoga di waktu saya meninggalkan Persija Jakarta, saya dapat meninggalkan kesan yang baik di mata anda sekalian.” ujar pemain berusia 39 tahun itu mengakhiri ucapannya.
Selepas daripada ucapan tersebut, ribuan ‘Jakmania’ turun ke padang dan berkumpul menghurungi pemain kesayangan mereka itu dan ternyata beliau tidak mampu untuk menahan air matanya dari tertumpah apabila melihat sambutan ahli pasukan dan semua penyokong kepadanya.
Tidak lama setelah bubaran laga kandang #pamungkas #Liga1 musim ini lawan #Persebaya, loyalis #Persija membanjiri lapangan Gelora Bung Karno mengiringi perpisahan dengan bomber legendaris Macan Kemayoran Bambang Pamungkas. pic.twitter.com/P2PwHBTUH2
— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) December 17, 2019
Menyingkap kembali sejarah penglibatan Bambang sebagai pemain bola sepak, beliau yang dilahirkan di Semarang pada 10 Jun 1980 mula bermain bola sepak sejak di zaman sekolah dan dipanggil menyertai skuad bawah 17 tahun (B-17) Indonesia pada tahun 1997.
‘Bepe’ kemudian menyertai Persija Jakarta secara rasmi pada tahun 1999 dan sempat menyertai sebuah kelab Belanda EHC Hoensbroek Norad selama empat bulan sebelum kembali ke Jakarta sehingga tahun 2005.
Selepas itu Bambang telah menyertai Selangor dan beliau muncul idola buat penyokong The Red Giants apabila dalam musim pertamanya beliau membantu Selangor meraih kejuaraan ‘treble’ dengan memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia sekaligus melayakkan Selangor untuk beraksi di Liga Super pada musim berikutnya.
🏆 Piala Malaysia
🏆 Piala FA Malaysia
🏆 Liga Premier Malaysia
🥇 Penjaring Terbanyak Liga Premier 2005
🥇 Pemain Import Terbaik Liga Malaysia 2005
🥇 Penjaring Terbanyak Piala AFF 2002Selamat pensiun, lagenda Bambang Pamungkas! 🔴🌕🇮🇩 pic.twitter.com/9PNhi2lcY1
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 18, 2019
Ketajamannya di hadapan gol dibantu gandingan bersama seorang lagi pemain Indonesia, Elie Aiboy menyaksikan beliau muncul penjaring terbanyak Liga Perdana dan merekodkan 23 gol daripada 24 perlawanan dalam semua pertandingan pada musim tersebut.
Selepas dua tahun berkelana di Malaysia, Bambang kembali ke pasukan asalnya sehingga 2012 dan membuat keputusan kontroversi dengan menyertai Pelita Bandung Raya pada 2013. Namun beliau kembali semula ke Persija Jakarta pada 2015 sehinggalah beliau memutuskan untuk bersara di kelab tersebut beberapa hari lalu.
Selamat berehat LEGENDA!