Dengan tersisih Farizal Marlias, tentunya ia mengujakan semua pencabar posisi nombor satu Harimau Malaya termasuklah Kalamullah Al-Hafiz.
Keghairahan jelas terpancar di wajahnya sebaik sahaja menerima panggilan ke kem skuad kebangsaan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan beliau antara tiga penjaga gol yang terpilih untuk dinilai sebelum disenaraikan untuk ke kejohanan jemputan, 48th King’s Cup 2022 yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand pada 22 dan 25 September 2022.
Selain Kalamullah yang beraksi bersama PJ City FC, pengendali, Kim Pan-gon turut memberi peluang lagi kepada Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC) dan penjaga gol finalis Piala FA 2022, Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim.
‘Prospek Masa Depan Malaysia’ – Syihan Hazmi Akhirnya Mendapat Kaps Antarabangsa Pertama
Hanya Syihan sahaja yang memiliki kaps selepas diturunkan beraksi dalam perlawanan terakhir pusingan kelayakan Piala Asia 2023 ketika mengatasi Bangladesh 4-1. Beliau telah diturunkan bermain selama 90 minit.
Kalamullah sudah beberapa kali bersama kem Harimau Malaya, namun dilihat masih belum pernah dicuba dalam aksi kompetitif dan begitu juga Rahadiazli yang buat julung kalinya dipanggil menyertai skuad senior.
Tanpa Farizal yang sering kali bersama skuad kebangsaan menjadikan peluang penjaga gol lain untuk mendapatkan minit beraksi semakin cerah.
Mungkin itu juga yang berada di fikiran Kalamullah selain teruja masih dipilih menyarung jersi skuad kebangsaan waima di bangku simpanan.
“kegembiraan dipanggil ke Pasukan Kebangsaan Malaysia” anda tidak pernah melihat ini, tetapi saya ingin berkongsi ini dengan anda! #altkeeperstoremalaysia #trainplaywearone #harimaumalaya pic.twitter.com/VW7cF98dyw
— altkeeperstoremalaysia (@altkeeperstore1) September 12, 2022
Dalam satu perkongsian oleh laman Twitter, @altkeeperstoremalaysia, dapat dilihat wajah teruja Kalamullah yang dikatakan baru sahaja menerima panggilan skuad kebangsaan. Beliau dilihat sedang memilih sarung tangan yang mungkin mahu dibawanya ke kem latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Beliau juga dilihat sedang melekatkan ‘sticker’ baharu di sarung tangannya.
Kem latihan Harimau Malaya akan bermula pada 16 hingga 19 September 2022, sebelum berlepas ke Chiang Mai untuk berdepan tuan rumah, Thailand bagi hari perlawanan pertama pada Khamis, 22 September 2022.
Brendan Gan Kembali Dipanggil Sertai Latihan Skuad Kebangsaanhttps://t.co/epryhhZUFA pic.twitter.com/GL6h0licPR
— VOCKET FC (@vocketfc) September 12, 2022
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilihat mengekalkan 17 pemain yang telah membawa Malaysia kembali ke Piala Asia selepas 42 tahun gagal melayakkan diri secara merit dalam pusingan kelayakan tempohari.
Pemain yang dimaksudkan ialah Shahrul Saad, Corbin Ong, Nazmi Faiz, Arif Aiman, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Mohamadou Sumareh, Matt Davies, Syafiq Ahmad (JDT), Nor Azam Azih (Sri Pahang), Faisal Halim (Terengganu), Ahmad Syihan Hazmi, Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan), V. Ruventhiran, Darren Lok (PJ City), Dominic Tan (Sabah) dan Dion Cools.
Selain itu, beberapa pemain lain termasuk pemain muda telah berjaya memikat Kim sepanjang saingan liga turut tersenarai seperti Rahadiazli Rahalim, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal Mahadi, Sharul Nazeem Zulpakar, Zhafri Yahya dan Declan Lambert.
Paling mencuri tumpuan ramai adalah dengan kembalinya Brendan Gan.