Liga Super: Sentuhan Al-Mardi Wajar Diberi Perhatian Oleh Pertahanan Selangor

Selepas cemerlang mencatat kemenangan lalu dalam saingan Liga Super 2022 sewaktu menewaskan Melaka United menerusi keputusan 3-0, kini Kedah Darul Aman (KDA) bakal berhadapan lawan lebih mencabar iaitu Selangor untuk aksi malam esok.

Beraksi di Stadium Darul Aman (SDA), pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak ini pastinya berada dalam momentum terbaik mereka untuk terus mencipta kemenangan ketiga berturut-turut.

Namun begitu, Selangor juga tidak boleh dianggap sebagai cabaran mudah buat KDA, setelah pasukan itu juga berjaya membenam Sabah baru-baru ini di Likas.

Impak kemenangan sulung Nidzam Jamil pada musim ini pastinya ingin diteruskan pada aksi menentang KDA untuk terus menambah keyakinan pengendali muda ini mencipta nama bersama Selangor.

Berikut merupakan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memberi kesan positif pada perlawanan malam esok untuk membantu pasukan masing-masing mencipta kejayaan.

Mahmoud Al-Mardi

Penyerang import dari Jordan ini berada dalam keadaan terbaik dari segi keadaan fizikal serta mental untuk melakar sesuatu pada perlawanan malam esok.

Dua jaringan beliau yang terhasil pada perlawanan lalu ketika menentang Melaka United pastinya memberi peransang terbaik untuk Mardi melakar sesuatu di gelanggang sendiri.

Pertahanan Selangor jelas perlu memberi perhatian kepada penyerang lincah ini kerana Mardi mempunyai kepakaran dari segi kawalan bola serta amat tajam di hadapan gol menerusi rembatan deras beliau.

Sanrawat Detchmitr

Jeneral di bahagian tengah KDA ini boleh dianggap sangat konsisten beraksi dalam semua perlawanan dihadapi pasukan dan berjaya menjalankan tugas beliau dengan sangat baik.

Memiliki teknik kawalan bola yang baik, tenang menyusun setiap pergerakan serta memiliki kualiti hantaran tepat, Sanrawat menjadi pemain paling penting buat KDA ketika ini untuk menghidupkan posisi tengah.

Walaupun begitu, malam esok dijangka tugas bekas tonggak kebangsaan Thailand ini tidak akan menjadi begitu mudah untuk menghadapi rangkaian pemain tengah Selangor yang juga sangat berkualiti.

Brendan Gan

Kapten Selangor ini boleh menjadi ancaman yang sangat berbahaya sekiranya beliau berada dalam prestasi terbaik dalam setiap perlawanan dihadapi.

Brendan Gan terkenal menerusi kerajinan beliau untuk bergerak serata arah padang dan memiliki visi yang sangat berkualiti menerusi umpanan dibuat kepada pemain serangan.

KDA perlu memainkan peranan penting untuk sentiasa memadatkan kawasan tengah agar Gan tidak sentiasa bebas bergerak dan memberi ancaman di kawasan gol mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN