Saya perlu berlaku jujur. Sebagai peminat Arsenal, Sir Alex Ferguson bukanlah individu yang paling saya minati. Tetapi jika saya meletak tepi memori perseteruan Manchester United – Arsenal, saya tiba-tiba akan menjadi peminat falsafah pengurusan Ferguson.
Ketika menonton video ‘team-talk’ beliau kepada bekas-bekas pemainnya sebelum perlawanan testimonial Michael Carrick, saya tak dapat mengelak untuk senyum sepanjang video.
Perasaan bangga beliau kepada bekas anak-anak buahnya jelas kedengaran apabila Ferguson berkata:
“Satu pujian yang saya boleh bagi kepada anda semua adalah – selain menjadi pasukan yang hebat, anda semua dah menjadi lelaki yang hebat. Anda semua dah berjaya. Tahniah!”
“Dan ianya bukan mudah – menjadi pemain dan bersara.”
Ferguson kemudiannya menyebut satu-satu nama pemain yang membuatkan beliau bangga:
“Ji Sung [Park] sedang belajar di Switzerland. Rio [Ferdinand] dan Scholesy bekerja di televisyen. Gary [Neville] memiliki bandar Manchester dah sekarang. Edwin [van der Sar] urus Ajax…Fantastik!”
Dalam video sama, Ferguson turut mengenang cerita-cerita lama beliau bersama bekas-bekas pemain lagenda United ini. Antaranya:
- cerita Peter Schmeichel merajuk dengan Ferguson
- cerita Rio Ferdinand yang dibuli Robbie Savage ketika diarah bermain di posisi tengah
- cerita Rio Ferdinand bermain sebagai pemain tengah dengan Wayne Rooney semasa menentang Wolves
- cerita Rio Ferdinand yang berlagak ketika United mendahului Everton 5-2 pada rehat spearuh masa pertama dalam perlawanan terakhir Ferguson sebelum persaraan
Selain itu, dalam video ini juga anda dapat melihat gurauan (banters) antara pemain-pemain United. Paling kelakar adalah apabila Gary Neville menyindir karier Ferdinand di QPR!
Apapun video tersebut boleh anda tonton di bawah.
Apa yang pasti, video ini membuatkan saya faham mengapa ramai bekas-bekas pemain United masih lagi menghormati Ferguson dan memanggil beliau sebagai ‘boss’.
Dalam konteks ini, ‘boss’ bukanlah bermaksud panggilan antara pekerja dengan majikan. Sebaliknya ia seperti panggilan untuk orang yang mereka hormat – sebagaimana kita memanggil ‘abang’ atau ‘akak’ kepada individu yang kita hormat.
Sumber:
1. YouTube, Rio Ferdinand Presents FIVE (2017), Sir Alex Ferguson Teamtalk!